Info Menarik

Pertama Di Malaysia, Pameran Marvel Studios Sumpah Tak Mengecewakan

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Pertama Di Malaysia, Pameran Marvel Studios Sumpah Tak Mengecewakan

Peminat Marvel, ini syurga anda!

Minggu lepas Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah sempat meluangkan masa melancarkan pameran “Marvel Studios: Ten Years of Heroes”. Pertama kali diadakan di Malaysia, pameran meraikan 10 tahun pertama filem Marvel Studios, bermula dengan Iron Man (2008) hingga Avengers: Endgame (2019).

Jadi apa yang menarik ada di sana?

Penuh Dengan Watak Adiwira

Pameran dengan keluasan 15,000 kaki persegi mempamerkan watak adiwira pujaan ramai seperti Iron Man, Captain America, Thor, the Guardians of the Galaxy, Captain Marvel, dan banyak lagi.

Foto – Arkib Wanista

Paparan Wardrobe Dan Prop

Ada 10 galeri penuh yang memaparkan prop filem, wardrobe serta konsep seni yang menakjubkan dari filem-filem Marvel Studios yang terpilih, dengan replika gergasi sehingga ke pangalaman interaktif. Pelawat juga berpeluang memasuki ruang Menara Iron Man, menyaksikan pemandangan Wakanda, menghidupkan kembali detik-detik ikonik “The Decimation” dalam Marvel Studios’ Avengers: Infinity War (2018) dan pelbagai lagi yang menarik.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Sampai Akhir Tahun

Bukan seminggu, sebulan tapi sehingga bulan Oktober. Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes akan berlangsung dari 28 Jun 2019 hingga 27 Oktober 2019.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Harga Tiket

Tiket boleh didapati di laman web www.marvelexhibition.my dengan harga seperti berikut.

Foto – Arkib Wanista

Mahal? Bukan selalu anda dapat melihat pameran sebegini. Rebut peluang sekarang! Info lanjut, boleh semak Facebook MarvelMalaysia dan laman web www.marvelexhibition.my.

BACA  Kajian! Menangis Boleh Turun Berat Badan Tapi Waktu Tertentu Je