Penulis suka makan kentang goreng sampaikan bawa masuk ke pawagam ye… Oppss dah bocor rahsia!
Tapi ada sesiapa seperti penulis tak? Kentang goreng memang buat orang ketagih kiranya ini guilty pleasure paling nikmat cuma kena berpada-pada kerana ada fakta mengatakan kentang goreng penyebab punggung besar… Hah!? Seriously? Tapi tak tahu kebenarannya pula..
Banyak kali makan, ini 10 paling SEDAP pilihan Wanista.
Nando’s
Sama ada ubi kentang atau ubi keledek, dua-dua terasa nikmat bila dikunyah. Rasanya ringan, tidak terlalu padat yang membuatkan kita cepat kenyang.
4Fingers
Kentang goreng dengan rumpai laut, kimchi atau yang asli semuanya sedap dan buat kita ketagih.
Nene Chicken
Saiz kentang goreng yang dijual di Nene Chicken agak besar. Memang puas makan!
Mcdonalds
Siapa sahaja yang tidak pernah makan kentang goreng Mcdonalds. Panjang, rangup, ringan memang buat kita ketagih.. lagi-lagi bila dimakan ketika panas.
KFC
Ada yang tak suka kentang goreng KFC kerana lembut, tebal dan pendek. Tapi pada penulis sedap sahaja bila dimakan.
Texas Chicken
Potongan kentang goreng yang garing, rangup di luar dan lembut di dalam memang cukup sedap sekali.
KGB
Pilihan ramai adalah kentang goreng kimchi bulgogi yang menggabungkan rasa Amerika dan Korea. Ramai cakap sedap dan mengenyangkan!
Shihlin Taiwan Street Snacks
Serius ubi keledek paling sedap pernah penulis makan. Rangup di luar, lembut di dalam dan ditaburnya kayu manis.
Carl’s Jr
Selain kentang gorengnya, penulis cukup Chili Cheese Fries. Adunan kentang goreng bersama kepingan daging bersos pedas dan keju cair, cukup nikmat dan mengenyangkan.
Kyochon
Bukan saja ayam goreng yang menjadi kegilaan, menu sampingan potato wedges juga ramai yang gila. Tidak berminyak, digoreng rangup di luar dan lembut di dalam, memang sedap sekali!
So far favorite penulis Taiwan Street Snack, sedap tak terkata!