Cinta & Perhubungan

Confirm Happy! 5 Barang Kamu Boleh Hadiahkan GF Gila K-Pop

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Confirm Happy! 5 Barang Kamu Boleh Hadiahkan GF Gila K-Pop

Adakah kekasih kamu obses dengan artis K-Pop? Setiap hari dia asyik bersembang pasal keunikan, keistimewaan artis kegemaran mereka. Sampaikan kamu juga diheret bersama menonton muzik video, program variety serta pelbagai lagi.

Jadi apa kata kejutkan dia dengan beberapa perkara yang berkait dengan K-pop Idol kesayangan. Bila hari jadi atau ulang tahun percintaan, hadiahkan dia dengan beberapa idea di bawah ini.. Nescaya si dia makin sayang dengan kamu dan kamu pun gembira bila melihat si dia tersenyum manis.

#1 Merchandise

Barangan eksklusif artis K-pop kegemaran kekasih kamu seperti lightstick, hoodies, t-shirt, mug, soft toy, poster, buku nota dan banyak lagi.

Foto – AsiaOne

#2 Tiket Konsert

Memang mahal tapi sesekali berhabis untuk yang tersayang, apa salahnya. Inilah masa untuk kamu berseronok menghadiri konsert bersama-sama walaupun sebenarnya kamu memang tak layan langsung K-Pop.

Foto – Carousell

#3 Tiket Penerbangan Ke Korea

OMG! Gembira tak terkata kekasih kamu bila dihadiahi tiket penerbangan ke negara asal artis K-pop kegemaran. Lagi best bila kamu buat perancangan kunjungi tempat yang ada elemen sentimental artis kegemaran si kekasih.

Foto – Go There Cheaply

Baca : Peminat Tegar BTS! Wajib Kunjung 6 Tempat Ni Saat Travel Ke Seoul

#4 Album

Tak nak ambil insiatif bila si dia sakan bercerita tentang album kumpulan kegemaran. Untuk pengetahuan kamu, album K-pop bukan seperti album lain, ia ada poster dan kad foto yang menampilkan tanda tangan artis sendiri dengan kata-kata sentimental yang membuatkan hati si dia berbunga riang.

Foto – eBay

#5 Produk Penjagaan Wajah

Sebagai contoh krim tangan VT Cosmetics dan topeng muka Mediheal yang meletakkan gambar BTS di pembungkusan. Tak ke si dia gembira kegirangan bila melihatnya. Hari-hari dia akan terasa dekat dengan artis kesayangannya.

Foto – Vision Mart Qatar

Suka boleh tapi berpada-pada ye.. Jangan sampai memuja, mengagungkan mereka bak Tuhan. Mereka manusia biasa je seperti kita jadi tak payah over sangat! Apapun selamat beramal!

BACA  WAJIB Tahu 13 Fakta Saintifik Menarik Untuk Mengurat Si Dia!