Suka makanan Korea… inilah masanya kamu mempelajari cara memasak agar tidak perlu membazir membelinya di luar.
Zaman serba canggih, kamu tidak perlu lagi bersusah payah mendaftar kelas. Melalui Youtube, kamu boleh pelajari pelbagai resepi tradisional setiap negara yang serba ringkas dan mudah semestinya melazatkan. Jika anda mencari video masakan Korea, ada satu Youtuber merupakan antara yang terbaik boleh anda semak. Favorite penulis ialah Youtuber Honeykki! Honeykki merupakan wanita bujang yang tinggal di Seoul, Korea Selatan. Menarik tentang salurannya adalah dia menyediakan juadah makanan Korea yang mudah untuk diikuti.
Pengenalan diri di Youtube juga sangat simple – “I’m living in S. Korea. I make easy Korean foods, pretty dessert, and foods from movies”.
Tapi apa lagi istimewanya Honeykki sampaikan penulis kemaruk menonton setiap kali ada masa senggang?
Juadah Popular Yang Cara Masak Sangat Ringkas
Sebagai contoh ayam goreng Korea (yangnyeom chicken), jajangmyeon, nasi goreng kimchi, pajeon (penkek Korea), sandwich jalanan Korea (isaac toast) serta pelbagai lagi.
Ada Sari Kata Bahasa Inggeris
Jangan risau kerana anda langsung tidak ada masalah menonton setiap video resepinya.
Elemen ASMR
Satu lagi yang best video Honeykki sangat real. Tidak ada latar belakang muzik yang membingitkan, cukup bunyi alatan masakan yang mengasyikkan deria dengar. Sebagai contoh bunyi hiris bawang, tumis bawang, bunyi kipas angin, air mendidih. Penulis sendiri sangat ketagih mendengarnya malah cukup senang sehingga boleh terlena.
Baca : Video Viral “ASMR”, Betul Ke Boleh Bantu Individu Insomnia?
Gaya Video Sangat Aesthetic
Terbaik! Siluet yang digunakan cukup menyenangkan mata yang melihat. Menggunakan tona warna pastel seperti kuning, krim, putih, kelabu menjadikan video sangat aesthetic dan kreatif sekali.
Perkakas Dapur Yang Comel
Honeykki tidak menggunakan periuk nasi elektrik untuk masak nasi tetapi periuk belanga yang dimasak secara tradisional atas api. Hebatkan? Lagi satu penggunaan perkakas juga comel dan unik, sehinggakan ramai yang komen ingin tahu di mana Honeykki mendapatkan barang itu.
Selamat Menonton!