The Golden Space bakal menganjurkan sebuah festival yang dikenali sebagai BODYMINDSOUL FESTIVAL™ bagi menyambut kesatuan menerusi program ini dan sekaligus dengan harapan dapat menarik pelbagai individu yang memiliki inspirasi mengenai kesedaran dan kepentingan tentang kehidupan yang sebenar untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan festival ini.
Program yang bakal mengambil tempat di Setia City Convention Centre pada 29 November sehingga 1 Disember 2019 ini akan memainkan peranan penting kerana buat pertama kalinya, program yang berunsur kerohanian dan kesejahteraan kehidupan di adakan di Malaysia.
Objektif penganjuran festival BODYMINDSOUL ini adalah untuk membentuk individu serta masyarakat tentang rasa cinta dan sayang tanpa berbelah bahagi. Selain ini juga ingin memupuk sikap kemanusian di dalam diri generasi muda pada masa kini dan untuk akan datang.
Program ini mengadakan tiga jenis aturcara yang menarik:
Hall of Celebration – Yang di hadiri oleh speaker dari seluruh negara sambil berkongsi tentang pengalaman peribadi dan menjadi panduan bagi perkembangan spiritual dan kendiri.
Hall of Oneness – Yang merupakan program tertumpunya pada industri perniagaan dan lebih dari 100 perniagaan tempatan dan antarabangsa akan menawarkan produk yang unik, terapi penyelesaian masalah dan memberi pendekatan dari segi fizikal, minda dan kerohanian.
Green-Eats – Merupakan tempat pelbagai makanan organik dan semulajadi berkumpul. Malah terdapat workshop dan live-cooking show oleh chef vegetarian bagi program ini.
Menariknya, program yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini nanti bakal di serikan lagi dengan aktiviti fesyen show yang di hos oleh MW by Mimi Wahedah dengan mempamerkan model pakaian daripada pesakit kanser. Dan pelbagai kehadiran individu ternama yang lain turut serta bagi menjayakan program ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, anda boleh layari laman web SINI atau mengikuti segala aktiviti di laman facebook di SINI.