Johor ada Taman Permainan Belon Kembung Terbesar Di Malaysia, apa benda tu?
Untuk pengetahuan semua, Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB), pusat beli-belah terbesar di Johor, meraikan kejayaannya tersenarai di dalam Malaysian Book of Records (MBR) bagi pencapaian taman permainan belon kembung terbesar di Malaysia.
Cipta Sejarah Malaysia
PMJB telah membangunkan Cat’s Meow, taman permainan belon kembung luar biasa sepanjang 2.41 meter dan selebar 15.2 meter serta berketinggian 6.3 meter. Meow, taman berbentuk kucing itu merangkumi pelbagai elemen permainan belon kembung seperti jongkang-jongket, gelongsor gergasi dan kolam bola.
Pelbagai Aktiviti Menarik Di Paradigm Mall
Pengalaman membeli-belah kini bertambah meriah di Paradigm Mall JB, dengan adanya pelbagai aktiviti menarik lagi menyeronokkan seperti pencarian tapak kaki Meow Meow,Ring Toss dan permainan menjaringkan bola dari 20 Jun – 30 Jun, 2019. Terdapat pelbagai hadiah hebat lagi memikat yang ditaja oleh peniaga-peniaga kami bagi peraduan dan aktiviti yang dijalankan. Pengunjung yang membelanjakan minimum RM50 di butik-butik pakaian atau RM100 di seluruh Paradigm Mall JB dapat menebus satu pas percuma dan memberi peluang kepada si kecil kesayangan mereka menikmati pengalaman menakjubkan di kolam bola Cat’s Meow.
Sebarang maklumat lanjut mengenai senarai aktiviti dan promosi, ikuti Facebook ParadigmJB dan Instagram @paradigm.jb.