Mungkin ada di antara pembaca Wanista tidak mengenalinya. Tapi yang jelas Alia Bhatt merupakan salah satu selebriti terkenal di Bollywood.
Filem lakonannya sentiasa mendapat kutipan box office, memenangi anugerah terbaik serta sedang hangat dilamun asmara bersama aktor hangat Ranbir Kapoor, aktres muda ini terusan membina empayar. Bukan sahaja berbakat, Alia juga sangat disukai kerana miliki rupa paras yang cantik manis. Sehinggakan tidak hairan setiap kali ditemu bual soal tips kecantikan pasti menjadi perhatian media dan netizen.
Ingin tahu rejim yang Alia tidak dapat lari daripada melakukannya setiap hari, teruskan pembacaan.
#1 Tidur Cukup
Selain dari baka yang sudah sememangnya cantik, aktres muda ini mengamalkan tidur yang cukup selama 7 hingga 8 jam setiap malam, hal ini membolehkan sel-sel kulit dapat diperbaharui dan diperbaiki sebaik mungkin.
#2 Makanan Tambahan
Kulit Alia Bhatt tidak sempurna dan dia memastikan dia mengambil multivatamin yang penting untuk kulit. Bagi yang tidak tahu, lapisan atas dan bawah kulit memerlukan vitamin A untuk mencegah kerosakan akibat matahari. Ia juga menyembuhkan kulit. Vitamin C pula penting untuk kolagen, ia juga antioksidan yang kuat dan melindungi seseorang daripada radikal bebas.
Bacaan lanjut : Apa Kebaikan Pengambilan Suplemen Vitamin C Kepada Kulit?
#3 Minum Air
Alia minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari yang membantu membuang toksin dalam badan serta untuk kekal hidrasi. Fakta diketahui bahawa dengan meningkatkan pengambilan air, kulit akan terlihat lebih berseri dan bercahaya.
#4 Rutin Penjagaan Wajah Malam Hari
Profession sebagai selebriti menyebabkan Alia tidak lekang daripada mekap. Tapi dia sebaik mungkin akan mencuci mekap pada waktu malam sebelum tidur. Dia menggunakan tisu semulajadi untuk menanggalkan mekap sebaik mungkin. Sejurus itu dia melakukan rutin kecantikan yang ringkas (cleansing, toning, moisturiser) dan membiarkan kulitnya bernafas.
#5 Remedi Tradisional
Setiap daripada kita mempunyai satu petua tradisional yang berkesan untuk penjagaan muka, begitu juga Alia. Untuknya, dia mempercayai kelebihan pada ais. Dia menggunakannya untuk menghilangkan muka yang bengkak, ia juga dikatakan dapat mengetatkan kembali pori-pori wajah dan dalam masa yang sama menghilangkan sembab mata selepas bangun tidur!
Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat Beramal!