Tips - Kecantikan

Nak Kaki Cantik Seperti Bintang Korea? Ini Caranya!

Avatar
/
Nak Kaki Cantik Seperti Bintang Korea? Ini Caranya!

Rata-rata ramai artis Korea memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Begitu juga dengan kaki mereka, flawless seperti wajah mereka juga! Pasti ramai pencinta kecantikan hairan bagaimana artis-artis Korea ini menjaga kecantikan kaki mereka sehingga flawless dan gebu?

Untuk menyelongkar tentang rahsia kecantikan kaki artis-artis Korea ini,Wanista tampilkan tips-tips penjagaan serta rahsia kaki artis Korea kekal cantik, gebu, licin dan lembut bak sutera ini!

Suntikan PPC Dan Radiofrequency Ablation

Suntikan PPC dan radiofrequency ablation ini adalah satu ke mestian bagi artis Korea terutamanya girls group idol yang bakal debut di dalam industri. Suntikan PPC akan mencairkan lemak manakala radiofrequency ablation pula akan melonggarkan otot di bahagian sekitar peha dan kemudian di kecilkan.

Pengarah determatologi di Imzine Cosmetic Surgery Clinic, Im Hasung berkongsi maklumat bahawa kebanyakan artis kumpulan wanita Korea akan datang untuk mendapatkan suntikan PPC dan radiofrequency sebelum mereka membuat comeback di dalam industri.

Urut Kaki Seperti Girl’s Day, MinAh!

Foto: Asiachan

Siapa yang tidak kenal dengan MinAh yang merupakan salah seorang anggota kumpulan wanita Girl’s Day. MinAh sangat di kenali dengan bentuk kaki yang sempurna dan menawan!

MinAh berkongsi tips untuk mendapatkan kaki sentiasa cantik dan sihat adalah dengan mengurut kaki. MinAh yang sering mengalami masalah kaki bengkak akan sentiasa mengurut kakinya dan hasilnya otot kaki semakin tegang dan kulit kaki juga semakin sihat dan anjal!

Lakukan Regangan Setiap Hari

Foto: Kpop Korean Hair and Style

Artis kumpulan Korea sangat menitik beratkan aktiviti regangan kaki untuk kelihatan langsing dan menawan. Dengan melakukan aktiviti regangan kaki setiap hari dapat membentuk otot kaki yang cantik dan sihat. Dan paling penting, perlu komitmen untuk melakukan aktiviti ini setiap hari bagi mendapatkan bentuk kaki yang cantik dan menawan!

Body Oil

Kegunaan body oil merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kaki artis-artis Korea kelihatan berseri dan glowing. Ini kerana mereka mengunakan body oil pad kaki mereka. Dan kini terdapat pelbagai jenis body oil yang sesuai untuk di sapukan pada kaki agar ia tampak gebu dan segar seperti artis Korea!

Skrub Kaki

Foto: Pizzabottle.com

Penggunaan skrub kaki juga penting bagi menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada kaki. Untuk mendapatkan kaki yang sihat dan gebu, penggunaan skrub kaki perlu di lakukan dan hasilnya akan menampakkan kulit yang lebih berseri dan bersih.

Kaki Kekal Cantik Dan Sihat Seperti Apink Naeun!

Siapa yang tidak kenal dengan Naeun ahli kumpulan Apink? Transformasi kecantikan Naeun sangat memukau pandangan mata. Dan kini Naeun berkongsi tentang rutin dan tips latihan yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan tubuh yang langsing dan kaki yang cantik serta sihat!

Nah ini dia sedikit sebanyak tips kecantikan penjagaan kaki untuk kelihatan cantik, mulus, gebu dan sihat seperti artis Korea. Di harap segala tips yang di kongsikan dapat memberi manfaat buat anda yang ingin mengikuti tips-tips kecantikan kaki cantik seperti artis Korea!

BACA  Malunya..Ni Sebab Ada Kesan Putih Pada Bibir Bila Pakai Gincu