Rasanya setiap wanita pernah memakai girdle? Anda ingin menutup lebihan lemak di bahagian anggota badan tertentu. Tapi yang payahnya girdle sangat sukar untuk dipakai.
Kenapa? Baca : 9 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli “Body Shaper”
Selepas produk kosmetik, usahawan berjaya Kim Kardashian melahirkan bayi baru “Kimono Solutionwear”, yang menampilkan koleksi girdle atau pakaian pembentuk badan, atau ada juga memangggilnya ‘body shaper’ buat semua wanita pelbagai saiz.
Menamakan Kimono Solutionwear?
Kim Kardashian mendedahkan koleksi Kimono Solutionwear di Twitter dan Instagram pada Selasa semalam dengan kapsyen, “Kimono is my take on shapewear and solutions for women that actually work”.
Ya, kenapa nama Kimono yang diberi? Kita sedia maklum, kimono merupakan pakaian tradisional Jepun dengan sejarah budaya yang kaya dan unik tersendiri. Tindakan Kim menggunakan perkataan itu sebagai jenama sangat tidak munasabah dan memalukan kerana jelas jenama itu tidak mempunyai ikatan dengan budaya Jepun.
Saiz & Warna & Rekaan Unik
Katanya girdle itu terdapat dalam saiz XXS hingga 4X dan boleh didapati dalam sembilan warna. Inspirasi terhasilnya Kimono Solutionwear kerana dia sering mengalami masalah mencari girdle yang sesuai dengan nada kulit dan terpaksa memotongnya untuk mencipta gaya sendiri. Kim juga mendedahkan koleksi “solution short”, yang direka untuk dress atau skirt yang mempunyai belahan.
Terima Kecaman Netizen Kerana Menggunakan Model Kurus
Walaubagaimanapun, sesetengah netizen menyuarakan pandangan mengenai model yang digunakan dalam promo tersebut. Ada yang mempersoalkan mengapa “wanita dari semua saiz yang berbeza” tidak digunakan dalam iklan tersebut. Tapi apa yang dilihat hanyalah wanita berbadan kurus dan hampir kesemua dalam lingkungan saiz yang sama digunakan.
Walaupun banyak kecaman tetapi ada juga yang teruja dengan kelahiran Kimono Solutionwear seperti beberapa rakan artis dan netizen yang tidak sabar mahu mendapatkannya.
Anda pula bagaimana? Tapi kenapa ye nama Kimono diberi? Kim, sila tampil berikan penerangan lanjut..