Jenama barangan kemas JEOEL tidak mahu ketinggalan zaman mengikuti trend semasa menghasilkan “Bubble Tea”.
JEOEL menampilkan loket dwifungsi Sapphire Bubble Tea, yang diperkenalkan secara eksklusif pada majlis pelancaran koleksi Diamond Magical Creatures.
“Semasa kami dalam proses mereka koleksi berlian dan nilam kami yang terkini, kami mempunyai beberapa orang pelanggan yang bertanya sama ada kami boleh menghasilkan loket yang berbentuk Bubble Tea. Sebagai jenama yang berbangga menjadikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan dan dengan warisan kraftangan tempatan yang kuat, kami tidak dapat menahan cabaran yang menyeronokkan ini! Kami gembira sepanjang menghasilkan loket edisi terhad ini bermula dari proses rekaan kreatif hinggalah peringkat akhir kraftangan, terutamanya dalam menentukan pilihan warna nilam yang semula jadi seperti mutiara boba!” kata Jiayueh Choong, pengasas JEOEL.
Sapphire Bubble Tea (Bubble Tea Nilam)
Seperti gabungan teh yang sempurna, lengkap dengan mutiara boba yang kenyal, begitu jugalah dengan kombinasi Nilam kami. Namun begitu, permata Nilam semula jadi yang berwarna-warni seperti pelangi yang didatangkan dalam warna ungu, merah jambu pekat, biru yang memukau, dan kuning yang memikat ini hanya boleh dilihat, bukan untuk diminum! Berharga RM259, jangan biarkan loket berbentuk cawan teh yang lengkap dengan sepasang sayap ini terbang meninggalkan anda.
Koleksi Diamond Magical Creatures JEOEL boleh didapati secara dalam talian menerusi www.jeoel.com atau rangkaian JEOEL di 1Utama, Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall dan MyTOWN Shopping Centre.