Tips

Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

Love bite, bug bite atau gigitan cinta ini merupakan kesan yang terhasil dengan menghisap permukaan kulit yang lembut secara agresif. Saluran darah mula keluar ke sekeliling kulit tisu yang seterusnya menghasilkan permukaan kulit menjadi lebam berwarna kemerahan di awal kesan gigitan dan kemudiannya akan bertukar warna menjadi ungu gelap atau coklat apabila kesan tersebut sembuh.

IKLAN

Untuk pengetahuan semua, kesan gigitan cinta ini mampu bertahan sehingga 5 ke 12 hari mengikut tahap kesihatan dan jenis kesan gigitan itu juga! Wah, memang lama betul kesan gigitan cinta ini bertahan ya.

Giphy

Tapi kalau kesan gigitan cinta ini mengambil masa yang terlalu lama untuk hilang pasti akan membuatkan anda tidak keruan juga bukan? Bayangkan setiap hari terpaksa fikir nak pakai apa untuk tutup kesan gigitan tersebut dari pandangan mata nakal yang lain.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk menghilangkan kesan gigitan cinta ini dengan pantas dan berkesan tanpa perlu risau lagi!

Ais Batu

Foto: Pesona Pengantin

Dengan menggunakan kesejukan yang terdapat pada ais batu, ia dapat membantu menghilangkan kesan gigitan cinta! Caranya, balut ais batu dengan kain dan tuam pada bahagian yang mempunyai kesan gigitan tersebut selama 10 minit. Oh ya, jangan pula anda pandai-pandai tuam ais batu secara terus pada kulit tanpa kain alas kerana ia akan membuatkan kulit anda menjadi beku kesejukan.

Sudu Sejuk

Foto: Wicked Spoon

Selain menggunakan kaedah tuaman ais batu, anda juga boleh menggunakan sudu yang telah di sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Sudu yang telah di sejukkan akan di balut menggunakan kain pada bahagian batang sudu untuk mengelakkan tangan menjadi beku semasa memegang sudu tersebut.

Gosok sudu yang sejuk itu di kawasan yang mempunyai kesan gigitan dengan lembut atau anda juga boleh menekan kulit yang mempunyai kesan gigitan dengan sudu tersebut.

Urutan

Foto: Arabia Weddings

Anda juga boleh mengurut di bahagian yang memiliki kesan gigitan tersebut untuk melancarkan perjalanan darah yang telah beku dek kerana gigitan cinta tersebut. Letakkan dua jari di bahagian kesan gigitan dan kemudian urut dengan urutan bulatan satu arah, selama satu ke dua minit.

Menerusi urutan tersebut, saluran darah dapat berfungsi semula dengan baik dan secara langsung menghilangkan kesan lebam gigitan pada kulit anda.

IKLAN

Berus Gigi

Foto: Brush with Bamboo

Hah, berus gigi juga mampu membantu anda untuk menghilangkan kesan gigitan cinta ni! Caranya mudah saja dengan memberus pada bahagian kesan gigitan untuk merangsang pengaliran darah, selama 15 minit kemudian tuam bahagian tersebut dengan kain sejuk. Elak memberus dengan terlalu kuat kerana ia boleh menjadikan kesan gigitan menjadi lebih teruk.

Dan lakukan kaedah ini sehinggalah kesan gigitan tersebut hilang.

Haba

Foto: Thai Massage Training Courses in Thailand

Haba juga mampu menangani masalah kesan gigitan cinta ini. Tahap kepanasan boleh membuatkan kesan gigitan nakal ini hilang dengan menuam bahagian tersebut dengan kain yang di rendam dengan air panas.

Tuam kain tersebut pada kulit anda selama beberapa minit. Haba yang terdapat pada kain tersebut akan membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian kesan gigitan dan sekaligus menghilangkan bekas gigitan tersebut.

Alkohol

Foto: Oh Fesyen

Alkohol juga mampu bertindak sebagai agen penghilang kesan gigitan cinta pada kulit anda. Hanya dengan menggunakan kapas cotton yang di serap dengan alkohol kemudian sapu secara lembut di bahagian gigitan selama beberapa minit dan lakukan cara ini beberapa kali selama satu ke dua hari. Alkohol juga membantu menghidratkan kulit anda.

Peppermint

Foto: Care2

Siapa sangka peppermint dapat membantu menghilangkan kesan gigitan cinta ini? Anda hanya perlu letakkan minyak peppermint ini di kawasan yang di kehendaki. Anda akan merasakan perasaan sensasi peppermint apabila menggunakannya tetapi rasa tersebut hanya sekejap sahaja.

Selain menggunakan minyak peppermint, anda juga boleh menggunakan ubat gigi yang berasaskan daripada peppermint. Anda hanya perlu sapu ubat gigi tersebut dengan lembut pada kulit dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bersihkan kulit dengan kain suam.

Harus di ingatkan penggunaan peppermint tidak boleh di lakukan secara kerap untuk mengelakkan iritasi pada kulit. Selain minyak peppermint, anda juga boleh menggunakan minyak badam dan zaitun.

Aloe Vera

Foto: Vogue.in

Penggunaan Aloe Vera sebagai pelembap dan anti-iritasi pada kulit merupakan agen yang sesuai bagi menenangkan kulit yang bermasalah seperti kesan gigitan ini. Anda hanya perlu sapukan aloe vera pada bahagian kesan gigitan dan urut selama dua ke tiga kali sehari.

Oren

Foto: Excel Food Mart

Buah Oren yang kaya dengan khasiat vitamin C ini bertindak sebagai agen penyembuh untuk kesan lebam. Dengan meminum air buah oren segar, ia akan bertindak sebagai agen penyembuh. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kulit buah Oren dan letakkan di kawasan gigitan.

Kulit Pisang

Foto: Detik Health

Ya, kulit pisang dapat membantu untuk menghilangkan kesan gigitan pada kulit anda dengan mudah! Apa yang perlu anda lakukan adalah, memotong kulit pisang mengikut saiz kesan gigitan cinta anda. Kemudian letakkan kulit pisang tersebut pada kawasan gigitan selama 10 hingga ke 30 minit.

Lakukan kaedah ini selama dua hingga tiga kali sehari dan anda akan dapat lihat saiz kesan gigitan akan berkurang.

Mentega Koko

Foto: The Hive Bulk Foods

Mentega koko merupakan agen penyembuh yang sangat berkesan bagi menghilangkan kesan gigitan cinta dan lebam pada kulit. Mentega koko ini membantu pertumbuhan kulit dan juga merupakan agen pelembap yang sangat bagus.

Cara bagi menggunakan mentega koko ini adalah, dengan menyapu pada kulit yang telah di tuam dengan haba panas untuk meningkatkan keberkesanannya. Tidak lupa juga untuk mengurut kawasan gigitan selepas menggunakan mentega koko ini.

Vitamin K

Foto: Medical News Today

Vitamin K mampu mengelakkan darah dari membeku dan kaedah ini dapat digunakan bagi merawat kesan gigitan cinta. Gunakan losyen atau krim yang kaya dengan vitamin K dan sapukan pada kawasan gigitan. Lakukan cara ini selama dua hingga tiga kali sehari sehingga kesan gigitan ini hilang. Anda juga boleh memakan makanan yang kaya dengan vitamin K bagi membantu proses penyembuhan.

Minyak Arnica

Foto: India Mart

Minyak Arnica berfungsi sebagai agen penyembuh untuk merawat lebam dan bengkak pada kulit. Minyak Arnica ini juga merupakan minyak yang di sahkan penggunaanya secara klinikal.

Cuka

Foto: MeowQu Cat Taxi

Ya, dengan menggunakan cuka epal untuk mengurangkan kesan gigitan cinta adalah salah satu kaedah yang cepat dan pantas! Anda cuma perlu sapu air cuka epal tersebut pada kawasan gigitan dan ulang beberapa kali dalam masa sehari sehingga kesannya kurang atau hilang.

Teh Uncang

Foto: Times of India

Dengan menggunakan teh uncang untuk menghilangkan kesan gigitan ini adalah cara yang amat mudah. Anda hanya perlu meletakkan uncang teh pada kawasan gigitan dan perasa yang terkandung di dalam teh tersebut akan membantu mencerahkan tona kulit, lancarkan perjalanan darah dan memudarkan kesan gigitan tersebut!

Mekap

Foto: Times Now

Mekap juga merupakan senjata terbaik bagi menyembunyikan kesan gigitan cinta ini, pastinya orang sekeliling anda tidak akan perasan!

Di harap sedikit sebanyak maklumat yang di kongsikan ini bermanfaat bagi anda untuk hilangkan love bite!