Giveaway

5 Fakta Teh Kamu Tak Tahu + Wanista Beri Set Dilmah Tea Harga RM250

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
5 Fakta Teh Kamu Tak Tahu + Wanista Beri Set Dilmah Tea Harga RM250

Adakah kamu penggemar teh? Kamu memilih teh di pagi hari berbanding kopi? Jika begitu adakah kamu ketahui jenama Dilmah Tea berasal dari Sri Lanka? Teh ais dicipta pada tahun 1904? Atau kebaikan mengambil teh tertentu seperti teh halia, teh hijau dan sebagainya..

IKLAN

Untuk itu, Wanista kongsikan beberapa fakta menarik yang kamu mungkin tidak tahu mengenai teh. Jadi, nikmati hari dengan secawan teh yang menyegarkan… Enjoy!

Giphy

Lahirnya Teh Ais kegemaran ramai

Tahukah teh ais dicipta pada tahun 1904 oleh seorang lelaki Inggeris bernama Richard Blechynden di St. Louis World’s Fair, di mana ia begitu panas dan teh tidak dijual. Tetapi Richard mendapat idea dengan menuangkan teh ke atas ais dan ia merupakan kejayaan segera. Walaubagaimanapun, Richard bukanlah orang pertama yang membuat teh ais.

Dilmah Tea asal Sri Lanka

Dilmah Tea, sejenis teh yang dirumus segar menggunakan kaedah pemprosesan daun teh tradisional sejak tahun 1988. Diasaskan oleh seorang lelaki Merrill J. Fernando di sebuah bandar nelayan kecil, Negombo, di pantai barat Ceylon (sekarang Sri Lanka), dalam keluarga golongan pertengahan.

Pengasas Dilmah Tea, Merrill J. Fernando. Foto – S&A Advanced Solutions

Teh Chrysanthemum pilihan orang Korea

Dalam banyak-banyak teh, teh Chrysanthemum adalah teh herba kegemaran masyarakat Korea dan China. Ia sering diminum ketika sakit kerana dianggap dapat mengurangkan panas demam dan meringankan sakit kepala.

Teh Halia penenang terbaik morning sickness

Teh halia yang hangat sangat membantu individu yang mengalami morning sickness. Minum secawan teh halia sebelum perjalanan boleh membantu mencegah loya dan muntah yang berkait dengan mabuk perjalanan. Anda juga boleh minum secawan teh di tanda pertama loya untuk melegakan gejala.

Foto – Natural Food Series

Rahsia panjang umur rakyat Jepun dengan Teh Hijau

Satu kajian yang dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di Jepun yang minum teh hijau sekurang-kurangnya 5 cawan sehari menunjukkan jangka hayat mereka adalah lebih panjang. Ini kerana teh hijau yang berasal dari Negara Cina ini melindungi tubuh mereka daripada serangan penyakit yang boleh membawa maut.

Peraduan Wanista!

Lagi best bila kamu mendapat manfaat teh dengan memasuki peraduan Wanista bersama Dilmah Tea ini. Wanista ingin berikan pembaca Wanista set item Dilmah Tea yang terdiri daripada:

  • Satu set Teh Pot
  • Satu set Cawan
  • Satu Kotak Dilmah Ceylon Green Tea
  • Satu Kotak Dilmah Premium Tea
  • Satu Kotak Dilmah Pure Ceylon Green Tea with Chamomile Flowers
  • Satu Kotak Dilmah All Natural Green Tea Moroccan Mint

Nak Menang?

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Kongsikan peraduan ini di media sosial – Instagram & Facebook, dan tag Wanista.

3. Lengkapkan slogan “Dilmah Tea Jenama Terbaik Kerana…”. Slogan paling kreatif menjadi pilihan Wanista!

4. Pastikan letak media sosial ke mode ‘public’ agar membolehkan Wanista menilainya.

5. Peraduan ini sah bermula 24 Jun sehingga Julai 2019.

6. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.

7. Wanista akan umumkan pemenang menerusi media sosial.

8. PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi memudahkan urusan pemberian hadiah.

Semoga Berjaya!