Kembara

5 Aktiviti “Muslim-Friendly” Paling Menyeronokkan Ada Di Seoul!

Avatar
/
5 Aktiviti “Muslim-Friendly” Paling Menyeronokkan Ada Di Seoul!

Terbayang tempat-tempat yang mempersonakan semasa melancong adalah moment yang paling di ingini, di tambah pula apabila melancong bersama yang tersayang! Nak-nak jika melancong ke Seoul, Korea. Siapa yang tidak mahu ke Seoul bukan? Tempat yang terkenal dengan kehadiran artis-artis yang hebat dan punya budaya yang unik dan penuh sejarah!

Tetapi perkara pertama yang menggusarkan diri jika mahu melancong ke Seoul adalah, sama ada tempat tersebut mesra pengguna muslim? Ada atau tidak kemudahan untuk pelancong muslim jika datang melancong ke Seoul.

Selain itu dari aspek kemudahan, makanan, jenis tempat penginapan serta kemudahan pengangkutan, segala aspek ini amat di titik beratkan oleh pelancong muslim terutama yang datang melancong bersama ahli keluarga.

Oleh itu, Wanista tampilkan antara aktiviti “muslim-friendly” paling menyeronokkan boleh anda lakukan bila berkunjung ke Seoul! Dan pastinya anda tidak lagi gusar untuk melancong ke Seoul selepas ini.

#1 Banyak Restoran Halal

Sebenarnya mudah untuk anda mencari makanan halal di Seoul, ini kerana anda akan mendapati restoran yang di iktiraf oleh Korean Muslim Federation Halal Committee akan mempamerkan sijil-sijil pengiktirafan seperti:

  • Halal Certified – Merupakan sijil halal rasmi di Korea.
  • Self Certified – Merupakan sijil pengiktirafan bahawa pemilik restoran adalah muslim.
  • Muslim Friendly – Sesetengah restoran yang memiliki sijil ini menghidangkan makanan yang tidak halal dan minuman beralkohol, tetapi pelancong muslim tidak perlu risau kerana di restoran seperti ini juga menghidangkan makanan halal seperti daging lembu, kambing dan ayam.
  • Sijil Pork Free

Selepas anda mengetahui dan mengenali jenis-jenis sijil halal yang terdapat di restoran Korea, kini kita lihat pula beberapa restoran-restoran halal yang boleh anda kunjungi apabila ke Seoul nanti!

Busan Jib Halal Food

Foto – Klook

Makan Halal Restaurant

Foto – Klook

Halal Kitchen Korea

Foto – Klook

#2 Syurga Beli-Belah

Seoul merupakan syurga pusat membeli-belah dengan harga yang murah dan berpatutan! Jika anda pergi ke tempat yang betul, okay. Nak tahu lokasi membeli-belah yang murah dan gempak di Seoul? Jom!

Dongdaemun Shopping Complex

Myeongdong Underground Shopping Center

Lotte Department Store

Foto: Koreaherald.com

#3 Rawatan Spa Mewah

Kalau dah berkunjung ke Seoul, jangan lupa untuk singgah ke A.H.C Spa yang terletak di bandar elit Gangnam. Bagus untuk anda menghilangkan keletihan setelah sehari suntuk berjalan-jalan.

Foto – Klook

Spa mewah yang menawarkan empat pakej menarik seperti Whole Body Massage, Facial Massage, V Line Massage, Lymph Body dan Facial Spa, ini akan menjanjikan pengalaman paling menghiburkan. Lagi menarik bila mana-mana rawatan dipilih, anda akan dijaga oleh tukang urut pakar dan dapat menikmati mandian khas selama 20 minit sebelum memulakan sesi rawatan!

#4 Pengalaman Memakai Persalinan Tradisional Hanbok

Ya, jika melancong ke Korea tak lengkap rasanya jika tidak mencuba pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. “Han” merupakan panggilan lain bagi Korea, manakala “bok” bermaksud pakaian. Amnya masyarakat Korea hanya menyebut pakaian mereka sebagai “pakaian Korea” yang juga menjadi salah satu identiti dan kebanggaan mereka.

Foto – Klook

Anda boleh rakamkan momen bahagia dalam persalinan paling menawan ini bila berkunjung ke lokasi bersejarah juga ikonik Istana Gyeongbokgung. Di sana anda boleh sakan malaram dan bergambar bak bintang Korea. Nak rasai pengalaman berharga ini, Klook ada buat tawaran harga paling berbaloi!

#5 Naik Beca Keliling Seoul

Hah, jangan lepaskan peluang berkunjung ke tempat-tempat di sekitar Seoul dengan menaiki beca! Ya, di Seoul juga terdapat perkhidmatan beca yang akan membawa anda ke destinasi pelancongan yang terkenal di sekitar Seoul dengan pakej yang menarik.

Foto – Klook

Untuk memudahkan perjalanan anda untuk melawat-tempat menarik ini, Seoul Pedicab Tour menawarkan kepada pelancong empat jenis pakej yang menarik seperti Romance Tour, History Tour, Blue House Tour dan The Complete Bukchon.

Asyik baca sahaja, tak teringin ke nak melancong ke Seoul? Kalau teringin, Klook ada tawaran lumayan boleh anda semak. Ya, sempena menyambut ulang tahun yang pertama, Klook melancarkan kempen jualan secara besar-besar One-derful Birthday Sale dan Facebook Live Birthday Bash!

One-derful Birthday Sale

Menariknya bagi One-derful Birthday Sale, pengguna dapat menikmati potongan diskaun sebanyak 10% apabila berbelanja sebanyak RM800 dengan menggunakan kod promo (WAHBDAY10) dan potongan sebanyak 5% tanpa perbelanjaan minimum, yang dihadkan pada RM40 dengan menggunakan kod promo (WAHBDAY5).

[🎉BUY 1 FREE 1 FLASH DEALS🎉]Mark your calendars & act quick if you'd like to snatch our flash deals, each available…

Posted by Klook on Tuesday, June 18, 2019

Selain itu, pengguna Klook juga akan mendapat 50% diskaun bagi beberapa tempat menarik untuk di kunjungi seperti diskaun untuk tiket Everland di Seoul, tiket Gold Coast Theme Park dan pelbagai tempat menarik yang terpilih di Seoul. Diskaun ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 30 June ini.

Malah Klook juga menawarkan promosi pembelian tiket secara harian dengan beli 1 tiket percuma 1 tiket untuk ke Everland di Seoul. Promosi ini berlangsung dari 22 Jun sehingga 25 Jun ini.

Facebook Live Birthday Bash

Klook juga memeriahkan sambutan ulang tahun yang pertamanya dengan mengadakan kempen Facebook Live Birthday Bash! Menariknya bagi program Fcebook Live ini, akan menampilkan Jenn Chia, Chan Won dan Asma’ Nasa sebagai hos bagi Facebook Live yang akan bermula pada 26 Jun 2019 ini jam 8 malam!

Foto – Klook

Selain itu, Klook juga akan memberikan ganjaran kepada followers di Facebook dengan RM2,000 Klook Kredit berserta hadiah bernilai sehingga RM10,000! Bukan itu saja, Klook juga akan memberikan diskaun yang eksklusif dan potongan 50% diskaun bagi tiket Theme Park semasa Facebook Live nanti!

Jadi set tarikh bertuah ini bagi mendapatkan ganjaran yang istimewa daripada Klook! ♥ Layari laman web Klook untuk lihat pelbagai perkhidmatan yang menarik yang ditawarkan untuk anda.

BACA  4 Kota "Hodoh" Ini Dipadam Dari Peta Dunia, Lihat Keadaannya