Berita & Isu Semasa

Shopee Lancar Kempen 7.7 Orange Madness Dengan Perkhidmatan Ekspress 24 JAM!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Shopee Lancar Kempen 7.7 Orange Madness Dengan Perkhidmatan Ekspress 24 JAM!

Baru-baru ini, Shopee telah mengadakan jamuan rumah terbuka di W Kuala Lumpur. Sambutan rumah terbuka Shopee kali ini sememangnya meriah dan diselangi dengan pelbagai kejutan yang diumumkan oleh Shopee!

IKLAN

Disamping menyambut Shopee Open House Raya bagi 2019 ini, Shopee tidak melepaskan peluang dengan melancarkan kempen terbaru iaitu Shopee24 Express Delivery dan 7.7 Orange Madness.

Foto: Shopee Malaysia

Perkhidmatan terbaru Shopee24 ini merupakan penghantaran ekspres yang bakal mendominasi dunia penghantaran barangan kepada pengguna dengan pantas! Shopee24 menjamin penghantaran barangan kepada pelanggan Shopee dalam tempoh 24 jam (kecuali hari Ahad dan cuti umum) dan pelanggan hendaklah membuat pesanan sebelum pukul 2 petang.

Jika penghantaran berikutnya tidak di dalam tempoh 24 jam, penghantaran berikutnya akan diberi secara percuma.

Foto: Shopee Malaysia

Shopee24 menawarkan lebih dari 10,000 barangan berjenama seperti Nescafe, Dutch Lady, Drypers, Dove, Dettol, Khind, Philips dan banyak lagi dan ke semua barangan boleh dikenal pasti menerusi tag “Shopee24”.

Perkhidmatan Shopee24 buat masa ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Shopee bagi kawasan Lembah Klang bagi menunaikan permintaan pengguna yang mahu penghantaran segera apabila membeli-belah dalam talian.

Foto: TeknoRatz

Kempen Shopee24 Express Delivery dan 7.7 Madness Orange ini bermula dari 24 Jun sehingga 7 Julai ini bakal memberikan tawaran hebat kepada pengguna dengan diskaun berlipat kali ganda serta berpeluang mereput tawaran promosi khas serta menyertai permainan yang cukup gempak, antaranya:

  • Jualan Kilat Shocking Sale RM0.77 – Acara ini akan berlangsung setiap hari sebanyak tujuh kali sehari dengan tawaran harga serendah RM0.77.
  • Hadiah Terjamin ” One or Not” – Pengguna dapat membeli lebih dari 40 produk yang bernilai tinggi seperti Xiaomi Mi 9T, Samsung Galaxy S10, Haier 50″ Ultra HD Smart LED TV, drone DJI Tello Boost Combo, set Nintendo dan Jam Tangan Pintar Fitbit Versa Health & Fitness dengan harga RM1 sahaja! Jika pelanggan tidak terpilih sebagai pembeli, Shopee memberi jaminan bayaran balik RM1 ke dalam kad kredit atau Shopee wallet pelanggan.
  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM27.
  • Jumlah baucer bernilai RM7 juta untuk di rebut dan diskaun sehingga 90% untuk semua kategori.
  • Shopee Quiz pada jam 12.00 pada hari Isnin sehingga Jumaat, pengguna berpeluang memenangi sehingga 2 juta Shopee Coins apabila mereka berjaya menjawab lapan soalan dengan betul. Malah mereka juga akan mendapat hayat tambahan apabila merujuk rakan mereka untuk turut menyertai kuiz ini.
Foto: Shopee Malaysia

Majlis Shopee Open House Raya yang penuh gemilang dengan suasana sambutan Hari Raya ini di ceriakan lagi kehadiran Shopee Selebriti Skuad yang terkenal seperti Shalma Ainaa, Sophia Liana, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Zoey Rahman, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Nora Danish, Elyana dan Ifa Raziah.

Kehadiran selebriti terkenal tanah air menunjukan sokongan positif mereka yang terhadap Shopee. Selain itu, pengguna juga turut dapat menikmati 17% tawaran khas bagi kedai rasmi milik pelbagai selebriti sepanjang kempen 7.7 Orange Madness berlangsung!

IKLAN

Jadi pengguna Shopee jangan melepaskan peluang untuk menikmati ganjaran dan manfaat yang berlipat kali ganda di Shopee sepanjang 24 Jun sehingga 7 Julai ini ya!