Fesyen

7 Fesyen Ivanka Trump ‘Mahal-Mahal’, Cecah Puluhan Ribu Ringgit

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
7 Fesyen Ivanka Trump ‘Mahal-Mahal’, Cecah Puluhan Ribu Ringgit

Merupakan anak kepada presiden ke-45 United States of America, Donald Trump, Ivanka Trump mesti sentiasa berpakaian untuk menarik perhatian. Dia kerap memakai persalinan pereka fesyen, dan kesemua pakaian pada umumnya dilihat agak mahal. Dari gaun sehingga ke seluar santai, Ivanka telah memakai beberapa item dengan tag harga yang tinggi, yang membuatkan mata kamu terbuntang keluar.

Teruskan pembacaan untuk melihat beberapa helaian pakaian paling mahal yang dipakai Ivanka setakat ini.

Ivanka mengenakan dress paling mahal rekaan Rodarte yang berharga $12,888 (>RM50K) ketika acara makan malam pada April 2018.

Foto – Reuters

Dress plaid dari Oscar de la Renta dilaporkan berharga $3,680 (>RM15K).

Foto – Reuters

Ensemble ala futuristik rekaan Alex Perry ini berharga $2,289 (>RM9K).

Foto – Reuters

Ivanka tiba di jamuan diraja yang dihos oleh Ratu Elizabeth 11 dengan memakai dress dari Carolina Herrera. Dilaporkan ia berharga $11,720 (>RM48K).

Foto – Reuters

Ivanka memadankan blouse $1,190 dari jenama Burberry dengan pleated skirt $1,190. Untuk melengkapkan ensemble, Ivanka memasangkan dengan tumit tinggi pump juga dari jenama yang sama berharga $750. Keseluruhannya sahaja sudah berjumlah $3,130 (>RM13K).

Foto – Reuters

Ivanka memakai helaian kombo putih rekaan Alessandra Rich yang kosnya kira-kira $3,053 (>RM12K).

Foto – Reuters

Ivanka tiba di New Jersey dengan dress $2,110 (>RM8K) yang direka oleh Emilia Wickstead.

Foto – Reuters

Semua dress yang dipakai cantik-cantik belaka… 

BACA  Melania Trump Anggun Sekali Bila Tiru Fesyen Puteri Diana (Gambar)