Kecantikan

Raut Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum!

Avatar
/
Raut Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum!

Siapa yang tidak mahu raut wajah sentiasa kelihatan muda, berseri dan ceria serta gebu mulus bukan? Dengan kecanggihan teknologi serta kaedah saintifik yang canggih sedikit sebanyak membantu para wanita yang inginkan kecantikan mencari produk-produk yang boleh membantu mengekalkan kecantikan serta kesihatan wajah.

Penting untuk anda menyiasat dahulu jenis-jenis produk kesihatan mahupun kecantikkan wajah yang ingin di gunakan. Bukan apa, salah ambil produk diri sendiri juga yang merasa kan?

Foto: Fresh

Sebenarnya nak sihat dan cantik bukanlah perkara mudah, yang paling penting usaha dan komitmen dengan penggunaan produk yang di rasakan memberi kebaikan dan kesan yang positif seperti produk daripada Fresh ini.

Jenama Fresh sememangnya di ketahui ramai dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi dengan kaedah serta kajian yang berteknologi tinggi bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan memberi manfaat yang tinggi kepada pengguna!

Dan kini Fresh telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum yang bakal membuatkan kulit anda kaya dengan antioksidan yang tinggi bagi kegunaan harian.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum ini kaya dengan nutrisi microbubbles, mineral dan extrak buah-buahan serta sayur-sayuran yang kemudiannya di sebatikan menggunakan kaedah berteknologi canggih.

Foto: Fresh

Jus serum ini akan menghasilkan tekstur kulit menjadi lebih sihat serta kaya dengan nutrisi dan antioksidan yang mampu melindungi kulit untuk kekal bertenaga dan kuat!

Foto: Fresh

Kunci Utama Bahan Jus Serum

  • Vitamin Fruit Complex: Yang mengandungi vitamin C, E dan B5 serta extrak buah lemon, oren dan mineral bagi memulihkan kulit yang kusam kembali cergas dan sihat.
  • Jicama Root Juice: Di ambil menerusi proses penyejukan yang dapat membantu memulihkan kulit kering untuk kelihatan hidrat.
  • Chicory Root Juice: Memiliki vitamin D yang memberikan kesan untuk melembabkan kulit, melindungi serta sekaligus menguatkan kualiti kulit.
  • Ginger Water: Juga membantu kulit untuk kekal hidrat.
  • Coconut Oil: Di ambil menerusi proses penyejukan yang dapat membantu kulit menjadi lembut dan terpelihara.
  • Beta-carotene: Mengandungi vitamin A yang kaya dengan antioksidan bagi membantu membebaskan sumber radikal di dalam kulit.
Foto: Fresh

Selain itu, produk daripada Fresh ini juga membuktikan lebih 98 peratus menunjukan kesan bahawa kulit pengguna menjadi sihat. Manakala 95 peratus menyatakan kulit pengguna menjadi lembut dan bertenaga. Dan 93 peratus pengguna mendapati kulit mereka terpelihara dan segar. Serta 97 peratus yang lainnya berkata produk kesihatan daripada Fresh mudah di serap ke dalam kulit!

Foto: Fresh

Banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan di luar sana, pastikan anda melihat dahulu apa sumber serta bukti ujikaji yang di jalankan bagi memberi rasa yakin dan selamat bagi menggunakan sesuatu produk.

Bagi yang berminat untuk mencuba Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum ini, Fresh akan mengedarkan produknya di ke semua outlet di Sephora dan Sephora.my. pada 18 Julai 2019 ini. Dan harga bagi jus serum ini adalah RM130 sahaja.

Bagi yang inginkan kulit cantik, mulus, gebu dan sihat anda perlu mencuba serum ini dan lihat sendiri keberkesanannya!

BACA  innisfree Keluarkan Super Volcanic Clay Mousse Mask 2X BT21 Edisi Terhad!