Kalau sebelum ini patung lilin bintang pop Ariana Grande mendapat kritikan negatif kerana fizikal yang tidak sama.
Baca : Ariana Grande Jadi Mangsa Patung Lilin Buruk Di Madame Tussauds (Gambar)
Lain pula dengan diva Bollywood Priyanka Chopra, di mana patung lilinnya cukup menyerlahkan keseksian dan keanggunan.
Welcome to London, @priyankachopra! ✨✨ pic.twitter.com/otEIDmoHmY
— Madame Tussauds London (@MadameTussauds) June 18, 2019
Patung lilin yang tampil dalam gaun sequin emas dari rekaan Ralph Lauren yang dipakai ketika Golden Globes 2019 itu cukup menakjubkan, fizikalnya cukup serupa sehingga membuatkan kita tertoleh “mana satu yang asli, mana yang palsu”. Tidak terkecuali replika cincin berlian ketika pertunangan dan perkahwinan di jari manis isteri kepada penyanyi Nick Jonas itu.
Ini bukanlah kali pertama Priyanka bekerja dengan Madame Tussauds, tahun lepas bekas ratu cantik ini sudah miliki patung lilin yang pertama (seperti gambar di bawah). Selain London, peminat juga boleh bertemu dengan figura Priyanka di tapak Madame Tussauds di New York, Sydney, Singapura, Bangkok dan Hong Kong.
Patung lilin Priyanka Chopra tak pernah mengecewakan.