Pada 18 Jun semalam, Yesung daripada kumpulan Super Junior telah mengeluarkan album mini solo yang ketiga iaitu “Pink Magic”. Dan hari ini 19 Jun, album mini solo ini telah memboloti kedudukan yang tertinggi di dalam carta lagu di iTunes!
Menariknya, Yesung telah menduduki ke semua 25 carta iTunes di seluruh dunia seperti Ecuador, Argentina, Mexico, Chile, Peru, Bolivia, Poland, United Arab Emirates, Saudi Arabia, Qatar, Malaysia, Thailand, Oman, Vietnam, Singapore, Philippines, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Macau, Costa Rica, El Salvador, Malta, Guatemala dan juga Colombia!
Nampaknya peminat-peminat Yesung, daripada Super Junior ini sememangnya ternanti-nanti kemunculan lagu baru daripadanya. Dan pastinya suju fan akan sentiasa memberi sokongan padu mereka, kepada ke semua ahli-ahli kumpulan Super Junior tanpa berbelah bahagi!
Tahniah Yesung kerana berjaya menduduki carta teratas bagi iTunes di seluruh dunia.