Makanan

Antara Yang Menarik & Fakta Mengejutkan Tentang Kimchi

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Antara Yang Menarik & Fakta Mengejutkan Tentang Kimchi

Kimchi adalah makanan ruji orang Korea dan disajikan dengan hampir setiap hidangan dalam masakan Korea. Hidangan pedas dan masam ini telah menjadi identiti orang Korea, malah semakin popular di seluruh dunia.

Kimchi merupakan sayur jeruk hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah. Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih, lobak, timun dan bermacam-macam lagi.

Mungkin kita biasa makan sahaja di kedai, tetapi tahukah anda kimchi ini telah wujud lamanya? Bahkan sudah sampai ke angkasa

Terdapat lebih 100 jenis kimchi

Selain kimchi sawi putih (napa cabbage) biasa yang kita dapati di kebanyakan restoran, sebenarnya terdapat banyak jenis kimchi yang anda kemungkinan besar belum pernah mencubanya. Antara yang paling popular termasuklah baek kimchi (kimchi putih), dongchimi (kimchi berasaskan air) dan kkakdugi (daikon kimchi) serta banyak lagi.

Foto – 52 To Do

Aslinya kimchi bukan berwarna merah

Bolehkah anda bayangkan kimchi tanpa warna signature kemerahan? Ternyata cili merah tidak digunakan hingga abad ke-20, yang bermaksud kimchi yang dibuat langsung tidak pedas. Tetapi kini orang Korea langsung tidak boleh meninggalkan rasa pedas kemerahan kimchi.

Foto – Maangchi

Kimchi pernah sampai ke angkasa lepas

Angkasawan Korea pertama membawa kimchi ke angkasa atas alasan untuk makan dan penyelidikan saintifik. Para saintis Korea ingin tahu jika bakteria dalam kimchi akan berkuat kuasa apabila bersentuhan dengan sinaran yang terdapat di ruang angkasa. Keputusan dari kajian itu membolehkan mereka mempelajari bagaimana memperlahankan proses penapaian kimchi supaya ia dapat dihantar ke luar Korea agar seluruh dunia dapat nikmati.

Foto – Twitter

Orang Korea ada peti sejuk untuk kimchi sahaja

Kebanyakan rumah di Korea mempunyai tempat penyimpanan berasingan untuk kimchi sahaja. Pada masa lalu, kimchi disimpan dalam balang tanah liat yang besar sebelum ditanam di bawah tanah. Kini, peti sejuk kimchi mampu meniru suhu dan persekitaran yang sama dengan balang tanah liat. Mempunyai peti sejuk berasingan juga menghalang bau kimchi pedas daripada mencemari makanan lain.

Foto – Blogspot

Kimchi boleh simpan berbulan-bulan

Anda boleh menyimpan kimchi selama berbulan-bulan tanpa ia menjadi rosak. Amalan piawai adalah untuk menyimpan kimchi selama tiga bulan dan sehingga setahun untuk mereka yang lebih suka untuk ditapai. Semakin lama anda menyimpan kimchi anda, semakin segar rasanya.

Foto – beyondkimchee.com

Kimchi boleh kurus

Sama seperti bagaimana yogurt “menambah manfaat probiotik kepada tenusu”, kimchi juga ditapai dengan bakteria asid laktik probiotik. Menurut pakar diet Kathleen Levitt, bakteria ini menghasilkan mikroorganisma yang membantu kita mencerna makanan dengan lebih baik. Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi, yang menjadikan kita berasa kenyang, dengan itu membuatkan kita kurang makan daripada biasa.

Gifer

Lebih lanjut : Pakar Kata Anda Boleh Kurus Kalau Makan Kimchi

Jadi, siapa yang tak makan kimchi… bawa-bawalah mencubanya. Sedap tau diratah begitu.

BACA  Jualan Merchandise Starbucks Besar-Besaran!