Jika anda sememangnya gemar bermalas-malasan di rumah dan lebih selesa tinggal di rumah serta melakukan segala-galanya di rumah, mungkin anda dipengaruhi dengan bintang-bintang zodiak ini.
Taurus, Cancer, Scorpio, Pisces, dan Capricorn merupakan bintang-bintang zodiak yang sanggup memilih untuk tinggal di rumah berbanding keluar berjalan-jalan di luar! Ini kerana bagi mereka, tiada apa yang lebih selesa dan aman melainkan berada di dalam rumah sendiri!
Jadi anda yang memiliki karakteristik yang sama seperti di atas, mungkin anda dipengaruhi di bawah bintang-bintang zodiak tersebut. Kelima-lima bintang zodiak seperti Taurus, Cancer, Scorpio, Pisces dan Capricorn ini memiliki karekter dan peribadi yang unik. Kenali bintang-bintang ini lebih lanjut!
Taurus 21 April – 20 Mei
Bagi bintang Taurus, rumah merupakan tempat menenangkan jiwa dan fizikal! Taurus yang amat menyintai keselesaan dan kemewahan ini akan menghabiskan masanya di rumah sambil mengenakan pakaian yang paling selasa sekali!
Bintang Taurus memiliki karakteristik untuk mengawal agar segalanya berjalan dengan lancar dan baik ini, merasakan lebih senang duduk di rumah sambil melakukan segala urusan agar berjalan dengan lancar.
Oleh itu, Taurus lebih aman dan tenang apabila berada di rumah sambil melakukan segala tugasannya. Jadi jangan hairan apabila anda melihat warga Taurus ini asyik berada di rumah 24 jam saja!
Cancer 21 Jun – 22 Julai
Cancer merupakan bintang yang memiliki jiwa yang sensitif dan beremosi. Sifat prihatin dan penyayang yang di miliki oleh warga Cancer ini, membuatkan mereka untuk memilih tinggal di rumah dan menghabiskan masa bersama ahli keluarga di rumah berbanding keluar berlibur.
Bagi bintang Cancer ini, di rumah merupakan tempat untuk mereka meluahkan rasa sayang dan cinta mereka kepada anak-anak dan ahli keluarga. Rasa untuk bermalas-malasan mendominasi diri mereka, oleh itu mereka lebih senang berada di rumah sambil melihat ahli keluarga tersayang berada di sisi mereka!
Scorpio 23 Oktober – 21 November
Bintang Scorpio memiliki keperibadian yang tertutup dan penuh rahsia. Mereka tidak mudah untuk menunjukkan diri sebenar mereka kepada orang luar. Oleh itu, mereka lebih gemar bersantai di dalam rumah dan dapat menjadi diri mereka sendiri tanpa perlu risau apa-apa.
Bagi warga Scorpio, berada di rumah bermaksud mereka boleh meluahkan pandangan dan perasaan mereka tanpa perlu risau dan runsing. Warga Scorpio mengambil masa yang lama untuk mempercayai seseorang dan apabila mereka mempercayai individu tersebut, bintang Scorpio ini akan berkongsi apa yang terbuku dengan rasa aman dan selamat.
Pisces 19 Februari – 20 Mac
Bintang Pisces memiliki sifat tenang dan firasat keibuan secara semulajadi, oleh itu mereka lebih gemar menjaga dan melihat perkembangaan anak-anak secara 24 jam seminggu di rumah!
Bintang Pisces juga yang menyukai seni akan menghabiskan masa bagi melakukan hobi seninya. Dengan karakteristik yang sebegini, membuatkan mereka lebih selesa menghabiskan waktu di rumah bersama ahli keluarga sambil melakukan aktiviti yang digemari dengan selesa dan nyaman!
Capricorn 22 Disember – 19 Januari
Dunia bintang Capricorn ini dikelilingi dengan ahli keluarganya dan menjadikan rumah sebagai tempat untuk mereka meluangkan masa bersama. Capricorn yang juga memiliki sikap bertanggungjawab akan menjadi mereka sebagai ketua rumah yang bagus.
Dan sikap yang dimiliki akan membuatkan warga Capricorn ingin melakukan segala tugasan mereka di rumah. Malah idea kreatif Capricorn menhabiskan masa di rumah membuatkan waktu santai mereka lebih berwarna warni dan selesa sehingga mereka merasakan malas untuk menghabiskan masa berjalan di luar!
Jadi kalau anda memilih untuk menghabiskan masa di rumah dan mungkin di bawah salah satu pengaruh bintang zodiak ini! Jika tidak, itu bermaksud anda sememangnya pencinta rumah sejati!