Hiburan

Setelah 9 Tahun Menyepi Won Bin Bakal Kembali Ke Pentas Lakonan

Avatar
/
Setelah 9 Tahun Menyepi Won Bin Bakal Kembali Ke Pentas Lakonan

Rasanya masih segar memori tentang filem “The Man From Nowhere” yang pernah menjadi satu fenomena luar biasa apabila filem tersebut berjaya pecah panggung dan mendapat pengiktirafan secara global! Jalan cerita yang penuh thrill dan suspens di tambah pula dengan lakonan serta gandingan hebat para pelakon yang cukup memukau, menyerikan lagi filem luar biasa ini!

Foto: Top Official

Menyentuh tentang pelakon yang menjadikan filem ini satu fenomena tidak lainnya adalah aktor Won Bin. Aktor berbakat besar ini membuka mata umum dengan lakonan hebatnya bersama gandingan barisan artis yang lain bagi menjayakan filem “The Man From Nowhere” ini.

Dan kini aktor berbakat ini di katakan bakal membuat kemunculan di pentas lakonan setelah sembilan tahun menyepikan diri dari industri seni ini. Kemunculan Won Bin untuk kembali semula ke pentas lakonan ini telah lama di tunggu oleh peminat-peminat Won Bin sendiri.Ā 

Foto: Kanal247

Malah pengarah terkenal industri Bong Joon Ho turut meluahkan hasrat ingin melihat Won Bin di layar skrin sekali lagi. Pengarah Boon Joon Ho dan Won Bin kedua-duanya pernah bekerjasama di dalam filem “Mother” pada tahun 2009 dan menjadi rapat semasa mereka bekerjasama bagi filem tersebut.

Foto: scifiknow.co.uk

Saya berfikir Won Bin harus membintangi sebuah filem secepat mungkin. Bagi saya, beliau adalah seorang aktor yang bagus dan mampu menggalas tanggungjawab dengan baik. Bong Joon Ho

Manakala isteri Won Bin, Lee Na Young yang juga seorang pelakon turut berkongsi sedikit informasi mengenai kemunculan Won Bin ke pentas lakonan.

Foto: Pinterest

Won Bin juga seperti saya, mahu bercerita menerusi projek filem. Dia masih mencari-cari cerita yang ingin di kongsikan bersama seperti cerita mengenai kemanusiaan. Dan projek yang menampilkan kisah sebegini agak sukar untuk di jumpai.

Tetapi dia juga memiliki pandangan yang luas dan saya percaya dia akan membuat kemunculan kembali tidak lama lagi. Lee Na Young

Foto: Rolala Loves

Sama-sama kita nantikan kemunculan Won Bin di pentas lakonan, dan pastinya lakonannya akan membuatkan kita semua teruja dan tidak senang duduk nanti!

BACA  Filipina Remake K-Drama 'Descendants Of The Sun', Dingdong Dantes Jadi Song Joong Ki