Kewujudan kondom menimbulkan tanda tanya kepada yang berasa aneh dengan kehadiran kondom ini. Bukan itu saja, terdapat banyak lagi maklumat misteri, mitos serta fakta mengenai kondom yang masih belum di rungkai.
Berikut merupakan 7 misteri kondom yang perlu anda ketahui!
Telah Wujud Sejak 12,000 – 15,000 Tahun Lalu
Kondom ini telah wujud di gua Grotte des Combarelles, Perancis sekitar 12,000 – 15,000 tahun yang lalu. Kewujudan kondom di Perancis ini berdasarkan lukisan yang terdapat pada dinding batu di gua Gotte des Combarelles. Wah siapa sangka rupanya kondom telah wujud di Perancis sejak puluhan ribu tahun yang lalu!
Perkataan Kondom Dalam Bahasa Denmark Sangat Panjang!
Tahukah anda perkataan kondom di dalam bahasa Danish atau Denmark ini sangat panjang berjela! Nak sebut pun boleh tergeliat lidah di buatnya. Bayangkan sebanyak 30 huruf untuk mengeja perkataan kondom “svangerskabsforebyggendemiddel” dan ia mempunyai maksud lelaki getah.
Wujudnya Perkhidmat Condom Ambulance
Di Sweden pada satu ketika dahulu wujud sebuah perkhidmatan yang di kenali sebagai Condom Ambulance. Perkhidmatan ini menawarkan kepada mana-mana pasangan yang memerlukan kondom dan mereka hanya perlu membuat panggilan dan kondom akan di hantar terus kepada si pemanggil!
Kondom Buatan Guangzhou Catat Guinness World Record
Pada tahun 2013, kondom buatan daripada Guangzhou Daming United Rubber Products berjaya menghasilkan kondom tertipis di dunia dengan ketipisan sebanyak 0,036 milimeter dan sekaligus mencatatkan rekod di dalam Guinness World Record!
Kondom Jenama Condomi Diperbuat Daripada Serbuk Koko
Rupa-rupa kondom jenama Condomi daripada negara Jerman ini diperbuat daripada serbuk koko dan penghasilan kondom ini khas bagi kelompok yang vegetarian! Sampai serbuk koko pun boleh di gunakan bagi menghasilkan kondom, hebat betul orang Jerman ni.
Kondom Digunakan Di Dalam Ketenteraan
Kondom juga memiliki banyak fungsi lain terutamanya di dalam ketenteraan, seperti menghentikan pendarahan, mengelakkan kotoran dari terkena luka, digunakan sebagai gloves ketika pembedahan, melindungi senjata daripada debu pasir dan air ketika berlaku kecemasan.
Nazi Ambil Alih Syarikat Kondom Semasa Perang Dunia Kedua
Pada tahun 1931, Julius Fromm telah membuka sebuah syarikat kondom di german yang dikenali sebagai Fromms dan telah membina empayar kondomnya sendiri. Syarikat tersebut telah menghasilkan lebih kurang 50 juta kondom untuk pasaran antarabangsa. Tetapi malang apabila Julius berpindah ke London pada tahun 1938, tentera Nazi telah mengambil alih syarikat kondomnya.
Macam-macam hal tentang Kondom ni!