Tips - Kecantikan

9 Jenis Rutin Penjagaan Kulit Yang Harus Kamu Berhenti Lakukan!

Avatar
/
9 Jenis Rutin Penjagaan Kulit Yang Harus Kamu Berhenti Lakukan!

Jika mengulas tentang penjagaan kesihatan kulit pastinya terdapat beribu-ribu cara atau tips yang boleh kita ambil dan ikuti tapi sedar atau tidak kadang kala rutin penjagaan kulit yang kita sangka bagus adalah tidak baik untuk kulit, kuku dan rambut anda!

Berikut adalah sembilan rutin kesihatan yang pakar dermatologis sarankan anda untuk berhenti menggunakan atau lakukannya.

Menggunakan Produk Berminyak

Untuk pengetahuan anda, membersihkan wajah daripada kotoran mahupun makeup dengan menggunakan produk berminyak disangkakan adalah bagus untuk kulit. Tetapi menurut Dr. Caren Campbell seorang pakar determologis di California berkongsi maklumat bahawa menggunakan produk yang berminyak akan menyebabkan wajah mudah berjerawat, oleh itu elakkan menggunakan produk pembersih yang mengandungi minyak.

Memicit Jerawat

Foto: Hijabista.com.my

Rata-rata ramai yang sering memicit jerawat di wajah tetapi tahukah anda, menurut pakar determologis dari New York, Dr. Robert Finney menyatakan bahawa perbuatan seperti memicit jerawat akan menyebabkan wajah anda menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan wajah berparut! Oleh itu anda harus berhenti memicit jerawat sekarang!

Menggunakan Cuka Apple Pada Wajah

Foto: MeowQu Cat Taxi

Menurut Dr. Brenda Dintiman yang merupakan pakar determologis daripada Virginia, menggunakan cuka epal pada wajah akan menyebabkan wajah jadi terdedah dan kemerahan. Ini kerana cuka epal bertindak sebagai bahan penyingkir yang kasar dan sekaligus membuatkan membuang lapisan kulit yang dilindungi.

Berjumpa Dengan Perunding Yang Tidak Bertauliah

Foto: Consultant Connect

Menurut Dr. Dhaval Bhanusali seorang pakar determologis daripada New York berkata, berjumpa dengan perunding yang tidak bertauliah dalam merawat masalah kulit akan memberikan kesan buruk dan komplikasi kulit kepada pesakit.

Bergantung Kepada Sosial Media Bagi Dapatkan Nasihat Penjagaan Kulit

Foto: The Universiti Times

Sebenarnya merujuk kepada blogger kecantikkan adalah tidak salah, tetapi perlu anda ingat bahawa jenis kulit anda dan blogger kecantikkan yang anda ikuti adalah tidak sama dan sebaik-baiknya dapatkan khidmat nasihat penjagaan kulit daripada pakar determologis yang di iktiraf dan sekaligus membuat pemeriksaan jenis kulit yang anda hadapi.

Ikatan Tocang Rambut Terlalu Ketat

Foto: Hairstyle Camp

Dr. Anand Haryani daripada determologi di Florida mengulas tentang ikatan berambut tocang pastinya kelihatan comel dan menawan tetapi jika anda terlalu mengikat secara ketat ikatan tocang rambut, ia akan menyebabkan masalah keguguran rambut secara kekal. Dan pastinya tidak mahu itu berlaku bukan?

Menggunakan Black Salve

Foto: Etsy

Dr. Laura Haygood berharap bahawa para pesakit tidak menggunakan black salve dalam merawat masalah kulit. Ini kerana black salve merupakan krim kimia pemusnah! Krim ini berbahaya kepada kulit kerana ia mampu memusnahkan sel kanser dan segala sel-sel lain di dalam kulit. Bukan itu saja, krim black salve ini juga sekaligus akan memusnahkan tisu kulit pesakit. Oleh itu jika anda khuatiri mengalami masalah kulit, seeloknya berjumpalah dengan pakar determologi kulit untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi.

Menggunakan Terlalu Banyak Produk

Foto: Pretty Scavenger

Menggunakan produk terlalu banyak untuk kulit sebenarnya adalah tidak bagus. Produk yang baik dan bagus memiliki tiga ke lima produk asas dan produk tersebut haruslah digunakan secara kerap!

Menggosok Wajah Secara Kuat

Foto: Euphoria Mall

Pengelupasan pada wajah merupakan dua perkara yang berbeza iaitu secara mekanikal dan juga secara kimia. Menurut Dr. Charlotte Birnbaum, seorang determologis daripada New York berkongsi bahawa pengelupasan secara mekanikal akan melibatkan pergerakan secara fizikal bagi membuang sel kulit mati pada wajah.

Foto: Quora

Tetapi apabila anda menggosok wajah dengan terlalu kuat dan kasar ia akan menyebabkan masalah kemerahan, bintik hitam dan masalah kulit berjerawat pada wajah. Dan ianya adalah tidak bagus, seeloknya anda gunakan produk pengelupasan secara kimia bagi mengikis masalah pengelupasan secara selamat dan berkesan.

Jadi jika anda melakukan rutin-rutin penjagaan kulit seperti yang dinyatakan diatas, diharap anda akan berhenti melakukannya dan ini saranan daripada pakar determologi tau!

BACA  Bintang Muda Alia Bhatt Sumpah 5 Benda Ni Buat Kulit Flawless!