Info Menarik

Muzium Vagina Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di United Kingdom!

Avatar
/
Muzium Vagina Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di United Kingdom!

Ini merupakan muzium pertama di dunia dengan mendedikasikan tentang organ penbiakan wanita bakal dibuka di United Kingdom. Seperti namanya, muzium ini meliputi segala maklumat tentang vagina, alat kelamin wanita dan anatomi ginekologi.

Meskipun ia kedengaran agak aneh dan ganjil dengan kehadiran muzium sebegini tetapi ia bukan lagi satu perkara yang sangat pelik kerana di New York City telah wujud Museum of Sex dan di Iceland pula hadir dengan muzium penis yang di kenali sebagai The Icelandic Phallological Museum.

Dan kini muncul pula muzium vagina yang memberi fokus tentang anatomi dan alat kelamin wanita ini. Sejak projek ini di lancarkan pada bulan Mac 2017 ini, pelbagai pameran telah di jalankan di seluruh United Kingdom.

Malah, muzium vagina sementara ini bakal di buka pada bulan November di Camden Market di London, England. Pengasas muzium, Florence Schechter yang juga merupakan YouTuber sains ini berharap dapat menghapuskan stigma mengenai anggota badan yang mampu mengundang perbalahan.

Apa yang saya harapkan adalah, masyarakat dapat berfikir bahawa vagina adalah normal dan tiada apa yang perlu di malukan.

Saya berpendapat muzium merupakan tempat yang bagus bagi komuniti untuk datang dan berkongsi bahawa ianya adalah sebahagian anggota badan yang patut kita raikan dan sesuatu yang perlu dibualkan.

Foto: pinknews.co.uk

Muzium sementara di Camdem masih lagi dalam proses pembinaan, Schechter dan ahli kumpulannya bertungkus-lumus bagi mencari lokasi tetap bagi membuka muzium vagina di United Kingdom.

Dan dalam masa yang sama, mereka juga sedang mengutip derma bagi kos operasi sempena membuka Camden Vagina Museum ini.

Mengikut perancangan mereka, pada tahun 2032 muzium berserta galeri dan pameran yang didedikasikan untuk sains, sejarah, budaya dan sosial dalam aspek anatomi ginekologi akan di buka.

Foto: Insider
Foto: Cupcakes Gallery

Malah di dalam muzium itu juga akan di menganjurkan pelbagai jenis program seperti malam komedi kewanitaan, tarian, teater, tayangan filem, bengkel, kelas latihan dan juga kafe yang bakal menghidangkan kek cawan yang berbentuk vagina dan air minuman vagacchinos dengan buih cappuccino yang berbentuk seperti alat kelamin wanita!

BACA  6 Perkara Tentang Presiden Mohamed Morsi Kamu Tak Tahu