Tips

Tangan Nampak Awkward Dalam Foto? Praktik 5 Cara Pose Ni

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Tangan Nampak Awkward Dalam Foto? Praktik 5 Cara Pose Ni

Say Cheese…1, 2, 3.. Klik!

Rasanya kamu dah kelihatan cantik di dalam gambar tapi bila disemak, tangan kamu seperti cacat dan canggung menjadikan gambar tidak sempurna.

Bergambar bukanlah perkara paling mudah untuk dilakukan. Walau kamu bersiap glamor dengan mekap penuh paling cantik tapi jika tidak mengetahui tempat untuk meletakkan tangan maka gambar kamu boleh jadi azab, tidak semegah yang diingini.

Supaya tidak kelihatan canggung, Wanista ajar cara paling mudah nak pose..

Pegang Beg Tangan

Cara paling mudah supaya tangan kamu tak nampak canggung bila bergambar ialah dengan memegang beg tangan. Sama ada kamu memegang beg tangan dengan kedua-dua tangan, atau satu tangan secara kasual memegang beg tangan, manakala satu lagi dibiarkan.

View this post on Instagram

Pink lemonade for @sacaiofficial 💖🍋 @thevolon #ireneisParis #더본론 #pfw

A post shared by Irene Kim 🦄 (@ireneisgood) on

Jika memakai beg tangan jenis crossbody, satu tangan cuba paut tali beg dan bergambar secara laid-back.

Tangan Ke Lengan

Cara senang ialah merehatkan tangan kamu ke lengan. Kamu paut lengan dalam keadaan yang relaks.

Tangan Dalam Poket

Jika masih gagal, letakkan satu atau kedua tangan di dalam poket bila ingin bergambar, tapi jangan sampai terlalu dalam untuk mengelak daripada merosakkan ootd.

Lakukan Sesuatu Secara Natural

Sebagai contoh, kamu boleh acah-acah texting, bermain dengan rambut, ketika minum, atau mungkin betulkan tudung dan subang. Cara natural ini membuatkan tangan kamu tidaklah kelihatan kaku setiap kali nak bergambar.

View this post on Instagram

Chic happens!😉 #WhenInNewYork

A post shared by Lovi Poe (@lovipoe) on

Rehat Di Tembok/Tangga

Daripada berdiri tegak di depan kamera, dan merasa tidak pasti di mana mahu meletakkan tangan, cuba bergambar di sebelah tangga, dinding, tembok atau di mana sahaja kamu boleh merehatkan tangan dengan tenang.

View this post on Instagram

Skipping shows today 🦄✨💕 #ireneisunicorn

A post shared by Irene Kim 🦄 (@ireneisgood) on

Fuhhh nak bergambar pun ada banyak cara ye.. Selamat Beramal!

BACA  5 Resepi Susu Panas Bikin Tidur Kamu Paling Nyenyak Dan Nikmat