Putera Harry dan Meghan Markle sudah sebulan menjadi ibu bapa, tetapi sejak anaknya Archie Harrison Mountbatten-Windso dilahirkan pada 6 Mei, tiada satu gambar si kecil yang tersedia untuk umum. Sampailah sekarang…!
Sempena Hari Bapa, pasangan diraja telah mengeluarkan foto comel baby Archie di akan rasmi Instagram @sussexroyal. Paling manis bila baby Archie memaut erat tangan bapanya Putera Harry.
Satu lagi foto comel hanya menunjukkan kaki baby Archie seminggu selepas dia dilahirkan.
Buat masa kini, foto baby Archie telah mengampul lebih 2 juta like sahaja. Adakah ini akan menggantikan foto Kylie dan baby Stormi yang menggumpul like terbanyak di Instagram buat masa ini?