Fesyen

Bergaya Di Musim Panas Dengan Koleksi Selena Gomez x PUMA Cali Series!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Bergaya Di Musim Panas Dengan Koleksi Selena Gomez x PUMA Cali Series!

Sentuhan fesyen bagi musim panas kali, PUMA  dan Selena Gomez berkolaborasi bagi melahirkan koleksi PUMA Cali Series. Koleksi kedua Selena Gomez bersama PUMA ini,  mengambil inspirasikan daripada matahari terbit di kampung halaman Selena di Grand Prairie, Texas. Inspirasi ini memberikan cetusan idea baru di dalam dunia fesyen dengan berkonsepkan tenaga serta ekspresi diri yang menjadikannya sebagai sumber gaya hidup yang semakin berkembang dan sempurna!

IKLAN
Foto: PUMA Malaysia

Koleksi PUMA Cali Series ini menampilkan beberapa produk terbaru yang digayakan oleh Selena seperti SG x Cali Sandal, sandal yang berinspirasikan warna warni pantai kuning dan putih ini hadir sebagai sepasang kasut yang cukup versatile.

Foto: PUMA Malaysia

Tidak cukup dengan itu, untuk tampak lebih bertenaga dan bergaya PUMA tampil dengan padanan SG x Short, SG x Jacket dan juga SG x Crop.

SG x Jacket yang tampil unik dengan fully-lined, ringan dan memiliki lapisan kain yang mudah bernafas dengan beberapa fungsi yang boleh di kemaskini seperti di bahagian pinggang, lengan dan hoody yang boleh dilaraskan mengikut pergerakkan si pemakai.

Foto: PUMA Malaysia

Manakala bagi SG x Short pula tampil dengan warna klasik dan mesh panel dan dipadankan dengan SG x Crop tank yang mempunyai rekaan yang kasual seperti potongan half-moon di belakang dan zip berwarna.

Kesemua koleksi SG x PUMA ini akan berada di pasaran bermula 15 Jun 2019 dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk daripada PUMA, layari laman web PUMA dan dapatkan koleksi PUMA Cali Series ini segera!