Tips - Kecantikan

Berapa Lama Kamu Kena Cuci Muka? Pakar Beritahu Cara Yang Betul

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Berapa Lama Kamu Kena Cuci Muka? Pakar Beritahu Cara Yang Betul

Berapa lama kamu cuci muka? 5 minit? Atau sampai 10 ke 20 minit lamanya?

Kenapa penulis ingin bercerita tentang hal ini? Kita sedia maklum masa diperlukan untuk mencuci muka sangat penting dan mempengaruhi struktur kulit muka. Tahukah jika terlalu lama boleh menyebabkan kulit rosak dan kering, tidak hanya di luar malah dari dalam lagi. Mungkin kamu mengeluarkan segala nutrien dan khasiat kulit yang sepatutnya dibiarkan.

Kontroversi Kendall dan Kylie

Adik-beradik paling popular, Kylie Jenner dan Kendall Jenner baru-baru menerima kritikan teruk berhubung cara mereka mencuci muka.

Kendall Jenner yang merupakan duta penjagaan kulit Proactiv telah barkongsi satu video, dia dilihat menggunakan pembersih muka selama sekitar 10 saat dan kemudian membilasnya sepantas kilat. Manakala, Kylie Jenner yang mempromosikan rangkaian produk penjagaan kulitnya juga melakukan perkara yang sama, mencuci muka dengan cepat dan tidak teratur. Hal ini mendapat reaksi negatif dan kebimbangan dikalangan netizen.

Tanya Pakar

Untuk mengetahui sama ada cara adik-beradik tersebut satu dosa yang besar, pakar dermatologi beritahu cara terbaik boleh kamu lakukan.

Pembersihan adalah langkah paling penting dalam rutin penjagaan kulit, terutamanya jika anda memakai mekap atau bersenam.

“Kami tahu bahawa sepanjang hari kulit terdedah kepada pencemaran, lebih-lebih lagi jika anda memakai mekap, dan ia boleh menjadi toksik pada kulit jika tidak dibersihkan,” jelas Doris Day, ahli dermatologi New York City, profesor klinikal dermatologi di NYU Langone Health.

“Kami tahu bahawa mencuci dengan berus pembersih adalah enam kali lebih berkesan daripada menggunakan tangan. Paling ideal untuk mencuci muka adalah antara 20 hingga 60 saat. Terutama 30 hingga 60 saat untuk aplikasi dan mengurut sebelum mencuci untuk membolehkan produk bekerja. Pembersihan berlebihan boleh membuatkan kulit kering dan iritasi sehingga rosak dan timbulnya jerawat,” katanya.

Foto – Allure

Selepas ini tidak perlu musykil lagi.. Selamat Beramal!