Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke InterContinental Kuala Lumpur, pasti tidak menyangkan bahawa terdapat restauran masakan cina yang mesra muslim di tingkat satu di dalam bangunan gah ini!
Restauran Tao Chinese Cuisine ini juga menerima kunjungan daripada pelanggan muslim yang ingin merasa sendiri keenakkan dan keunikkan masakan cina dan restauran di dalam InterContinental Kuala Lumpur ini dapat memenuhi permintaan anda tanpa perlu rasa was-was.
Tidak cukup dengan itu, restauran ini merupakan salah satu restauran porkfree dan segala peralatan memasak di beri perhatian yang rapi. Malah peralatan memasak untuk menu masakan tanpa alkohol di asingkan daripada peralatan memasak yang mengandungi alkohol. Selain itu segala bahan yang digunakan adalah adalah halal seperti ayam, ikan, udang, daging lembu, sos soya, minyak masak dan sebagainya.
Okay cukup sudah serba serbi maklumat mengenai restauran Tao Chinese Cuisine, jom bersama penulis mengimbau memori kunjungan ke restauran Tao Chinese Cuisine baru-baru ini.
Restauran Tao Chinese Cuisine kini sedang hangat memperkenalkan empat menu sajian signature chef dan juga menu dim sum. Uniknya menu dim sum di restauran Tao Chinese Cuisine ini cukup besar dan ia di kenali sebagai Abundant Dim Sum!
Abundant Dim Sum ini cukup besar dan mampu di hidangkan untuk lima atau enam orang makan. Di dalam Abundant Dim Sum ini terdiri daripada 11 jenis dim sum yang mengandungi daging lembu, kekacang, makanan laut, telur, tenusu, dan sayur-sayuran.
Abundant Dim Sum Basket Menu RM200
Black Truffle Prawn Dumpling
Black truffle prawn dumpling ini cukup kaya dengan rasa udang dan truffle dan apabila di makan, ia memberikan tekstur yang luar biasa di dalam mulut! Sungguh lembut dan segar.
Chicken-Muril Mushroom Dumpling
Chicken-muril mushroom dumpling ini sangat chewy! Dan lembut, rasa ayam serta cendawan memberikan tekstur kombinasi yang istimewa dan berbaloi untuk di cuba.
Bamboo Charcoal Barbecued Chicken Bun
Bamboo charcoal barbecued chicken bun ini memiliki visual yang cukup unik ditambah pula calitan dengan warna gold yang boleh dimakan. Manakala inti di dalamnya mengandungi potongan ayam serta kekacang dan rasanya cukup lazat dan mengenyangkan tau!
Savory Shrimp Mini Golden Lime Dumpling
Dim sum yang ini pula memiliki bentuk buah mandarin yang comel! Tapi siapa sangka rupa buah mini yang comel ini adalah dim sum dengan inti udang mmapu membuatkan penulis sendiri kecur liur!
Smoked Duck Mushroom Fish Maw Roll
Di antara 11 dimsum yang penulis telah rasai, ini merupakan salah satu dim sum kegemaran penulis! Rasa itik yang lembut di tambah pula dengan kombinasi balutan fish maw yang kaya dengan protein seperti kalsium dan phosphor, yang dapat meningkatkan stamina dan buah pinggang!
Diced Chicken Carrot Dumpling
Diced chiecken carrot dumpling yang kelihatan umpama batu jed ini memukau pandangan mata penulis, mana tidaknya dengan warna dim sum putih bersih dengan campuran warna hijau cerah memberikan gambaran seperti batu jed! Potongan ayam bersama sayur lobak dan kekacang memberikan kombinasi sajian yang seimbang!
Purple Potato Paste Bun
Rupa bentuk dim sum yang ini pula memang sama seperti sweet potato! Kombinasi inti paste keledek ungu dan biji labu memberikan rasa manis yang cukup unik dan segar.
Crystal Phoenix Prawn Tail
Crystal phoenix prawn tail ini merupakan salah satu dim sum kegemaran pilihan penulis, rasa udang yang kaya di tambah pula dengan kelembutan balutan dim sum cukup anjal membuatkan penulis tidak berhenti mengunyah!
Mushroom Red Bean Bun
Dim sum mushroom read bean bun seperti namanya, ia memiliki inti kacang kacang merah di dalam dim sum berbentuk cendawan ini. Bukan saja visualnya gempak malah saiz cendawan ini juga besar!
Seafood Pumpkin Dumpling
Seafood pumpkin dumpling ini memiliki visual yang sangat comel! Bentuk buah labu mini yang memiliki inti makanan laut di dalamnya membuatkan penulis kagum dengan kreativiti chef!
Tobiko Sea Treasure Dumpling
Ini merupakan dim sum yang paling penulis gemari! Rupa dim sum yang seperti permata yang di isi dengan kilauan berlian ini menjadi pilihan nombor satu penulis! Mungkin ia agak berlebihan, tetapi dengan tekstur telur daripada ikan tobiko atau di kenali sebagai flying fish roe ini memberikan tekstur fenomena yang luar biasa kepada penulis! Bayangkan apabila mengunyah dim sum tobiko ini, penulis dapat merasai dan mendengar letupan-letupan kecil di dalam mulut! Sememangnya a true treasure!
Untuk pengetahuan anda semua, kesemua 11 menu hidangan yang unik dan lazat ini di sediakan dan di reka sendiri oleh Chef Lo Tian Sion. 43 dim sum istimewa ini di sajikan di dalam satu bekas makanan gergasi dan di susun indah di dalamnya, umpama barang-barang perhiasan yang di susun kemas di dalam bekas kaca gitu!
Malah, harga bagi satu bekas makanan gergasi ini hanya RM200 sahaja dan ianya cukup berbaloi untuk di makan bagi jumlah pax yang ramai. Tetapi anda jangan risau kerana restauran Tao Chinese Cuisine juga mempunyai menu ala carte untuk seorang dua dengan lingkungan harga diantara RM12 hingga ke RM36 sahaja.
Di restauran Tao Chinese Cuisine ini juga terkenal dengan signature dish yang mewah dan unik, bagi yang menggemari masakan cina anda wajib cuba keempat-empat menu signature daripada Eksekutif Chinese Chef, Chef Wong Lian You!
Menu Signature Chef
Blue River Prawn, Garlic Butter Sauce
Menu hidangan blue river prawn dengan garlic butter sauce ini membuatkan penulis rasa terkedu! Dengan rasa udang yang di salut dengan bawang putih dan sos planta membuatkan seluruh deria rasa penulis di kunci! Cukup enak dan memukau rasa.
Black Pepper Angus Beef Cubes, Zucchini, Capsicum
Yang ini merupakan menu signature pilihan kegemaran penulis! Rasa daging lembu yang empuk dan lembut membuatkan penulis seperti di awang-awangan, di tambahan pula dengan sos lada hitam yang di gaul rata pada zucchini dan capsicum membuatkan deria rasa penulis meneroka dunia rasa yang lain daripada yang lain!
Flamed Cod Fish, Savory Souce
Ikan bukan sembarangan ikan tau! Ikan ini di masak dengan api dan gabungan alkohol membuatkan seolah-olah ikan berenang di lautan api. Tetapi bagi pelanggan muslim anda tidak perlu risau kerana hidangan ini akan di masak tanpa menggunakan alkohol dan peralatan memasak menu ikan ini juga tidak sama dan di asingkan.
Sautéed Seafood, Egg White, Truffle Paste
Menu signature yang keempat oleh chef wong ini merupakan pilihan kegemaran penulis! Bagi penulis menu ini umpama mencari harta karun dan menyelongkar segala khazanah yang terdapat di dalamnya. Menu ini unik mempunyai kombinasi udang, telur putih yang di salut dengan truffle dan di bahagian atasnya pula di letakkan telur tobiko. Sememangnya satu tekstur yang tidak dapat penulis lupakan!
Manisan Istimewa –
Slow-cooked peach gum, yam paste in apple cup, ginseng oolong tea syrup!
Bagi yang mencuba masakan cina mersa muslim dan alami sendiri keunikkan masakan cina anda boleh membuat tempatan KLIK SINI atau terus hubungi Tao Chinese Cuisine +603-2782 6128/6000.
Waktu operasi restauran Tao Chinese Cuisine bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 2.30 petang bagi waktu makan tengah hari dan manakala bagi waktu makan malam bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web InterContinental SINI.