Kecantikan

Gincu Keluaran YouTuber Jaclyn Hill Berbahaya?

Avatar
/
Gincu Keluaran YouTuber Jaclyn Hill Berbahaya?

Jaclyn Roxanne Hill lebih di kenali sebagai Jaclyn Hill di YouTube merupakan seorang YouTuber terkenal dengan video-video tutorial kecantikan dan tatarias.

Pada 30 Mei lalu Jaclyn telah mengeluarkan produk kosmetik jenamanya sendiri, iaitu Jaclyn kosmetik yang terdiri daripada 20 jenis pilihan gincu!

Pada awal pelancaran produk kosmetik tersebut mendapat sambutan hangat tetapi sayang fenomena tersebut tidak bertahan lama apabila Jaclyn menerima maklumbalas negatif tentang produknya.

Rata-rata ramai yang memberi maklumbalas negatif apabila gincu yang mereka dapat tidak seperti yang di jangkakan, ada yang mendapat gincu patah, gincu menjadi cair dan yang paling serius adalah pembeli yang memakai gincu tersebut menunjukkan kesan alahan yang teruk.

Gejala radang kemerah-merahan pada bibir dan kulit tangan sejurus mereka mencalitkan gincu tersebut mengejutkan pembeli Jaclyn kosmetik ini kerana rata-rata yang membeli produk tersebut adalah peminat Jaclyn sendiri dan mengetahui Jaclyn menghabiskan masa yang lama sebelum berjaya melancarkan produk tersebut.

Meskipun begitu, segala gambar dan maklumbalas mengenai produk tersebut telah di tunjukkan bahawa gincu tersebut membuatkan pengguna mengalami reaksi kimia apabila bibir pengguna menunjukkan gejala radang, gatal-gatal dan bengkak selepas menggunakan gincu daripada Jaclyn kosmetik tersebut.

Berikut adalah maklumbalas daripada pengguna Jaclyn kosmetik.

Kristy mendapat gincu yang patah apabila menguji gincu tersebut dan apabila di calitkan di lengannya pula, lengan Kristy menunjukkan radang kemerah-merahan dan kegatalan.

Selain daripada Kristy, ramai lagi pengguna yang turut menunjukkan reaksi gejala yang sama selepas memakai produk tersebut!

Baru pakai 5 kali, gincu dah cair? Dan serat yang terdapat di dalam gincu pun terkeluar?

Selepas mendapat pelbagai maklumbalas daripada pengguna Jaclyn kosmetik, ini pula penjelasan Jaclyn Hill dan syarikat pengeluar.

Dan dalam masa yang sama surat petisyen telah dibuat bagi membantah produk kosmetik ini dari terus dijual di pasaran kerana dikhuatiri tidak selamat untuk di gunakan dan sekaligus mengelakkan masalah yang sama kepada pengguna kosmetik.

Teruknya sampai bibir rosak.. Siapa yang terfikir nak beli, fikir sekali lagi ye..

BACA  Raut Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum!