Info Menarik

Anda Kidal? Ini Fakta & Kelebihan Individu Kidal

Avatar
/
Anda Kidal? Ini Fakta & Kelebihan Individu Kidal

Individu yang memiliki kemahiran bertangan kidal bukanlah sesuatu yang baru di kalangan masyarakat. Untuk makluman semua, tangan kidal atau penggunaan tangan sebelah kiri ini juga di kenali sebagai southpaws.

Rata-rata lebih kurang 10 ke 12 peratus populasi di seluruh dunia merupakan individu yang bertangan kidal. Manakala lagi 70 ke 95 peratus populasi yang lain merupakan individu yang menggunakan tangan kanan sebagai tangan dominan mereka.

Individu kidal ini mempunyai keistimewaan dan keunikkan yang tersendiri dan ini dapat di lihat pada setiap individu yang bertangan kidal ini, terserlah dengan kelebihan masing-masing. Berikut adalah lebihan serta fakta tentang individu bertangan kidal ini!

Pemimpin Yang Berjaya

Foto: Business Insider

Kebanyakkan individu yang bertangan kidal ini adalah dari golongan kelas elit seperti peguam, speaker motivasi, atlet dan pakar kesihatan. Dan ini dapat di lihat bahawa individu bertangan kidal lebih banyak menggunakan otak kanan dan ini bermaksud mereka memiliki daya pemikiran yang kreatif, analitikal serta bagus menggunakan bahasa dan berhujah!

Mudah Menonjol

Foto: Educational and Career News

Individu bertangan kidal ini di lihat mudah menonjol dalam apa jua yang di lakukan dan menjadi individu kidal bukanlah penghalang bagi mereka untuk berjaya dalam bidang yang ingin di ceburi!

Mudah Memulakan Perbualan

Foto: Business Insider

Dikatakan kebanyakkan individu kidal ini adalah jenis introvert tetapi mereka sebenarnya mudah memulakan perbualan dan tidak kekok jika berbual! Cuma mungkin mereka lebih gemar suasana yang senyap dan berbual bila perlu.

Berfikiran Luar Dari Kotak Pemikiran

Foto: Reader’s Digest Canada

Mereka juga boleh di kategorikan sebagai pemikir yang bagus. Segala idea atau buah fikiran yang datang dari individu bertangan kidal cukup unik dan di luar kotak pemikiran individu biasa yang lain.

Genetik Keluarga Bertangan Kidal

Foto: FHS Press

Menurut kajian, individu yang bertangan kidal ini juga di lihat mempunyai kaitan dengan genetik dari salah silah sejarah ahli keluarga. Jika anda siasat salah silah keturunan, anda akan mendapati ahli  keluarga anda juga merupakan individu kidal. Dan ini telah di buktikan menerusi kajian oleh National Library of Medicine di United Stated.

Sangat Berdaya Saing

Foto: Smithsonian Magazine

Individu bertangan kidal ini mempunyai semangat berdaya saing yang begitu kuat dan mendalam! Dan ini terbukti apabila kajian yang di jalankan di Nortwestern mendapati bahawa individu bertangan kidal ini memiliki semangat berdaya saing yang cukup tinggi.

Punya Kawalan Diri Yang Bagus

Foto: Potchefstroom Herald

Mereka juga memiliki kawalan diri yang bagus dan ini sekaligus membentuk peribadi individu kearah yang lebih baik. Penting untuk mengawal diri dari perkara-perkara yang mampu membawa diri ke arah yang tidak bagus.

Memiliki Kelebihan Di Dalam Sukan

Foto: Patch

Individu bertangan kidal mempunyai kelebihan di dalam sukan seperti gimnastik, besbol, tenis, bola keranjang dan lompat galah. Ini kerana aktiviti-aktiviti sukan yang di senaraikan ini mampu membuatkan individu kidal berada dalam kelas mereka yang tersendiri. Malah potensi mereka di dalam bidang sukan juga akan terserlah dengan kelebihan yang di miliki.

Yang tak kidal tu, jangan cemburu ye!

BACA  Betul Ke Bila Kerja Dengan Bos Perempuan Boleh ‘Sakit Jiwa’?