Kesihatan

Ariana Grande Ada Alahan Tomato Sampai Tak Boleh Menyanyi, Ni Kamu Perlu Tahu

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Ariana Grande Ada Alahan Tomato Sampai Tak Boleh Menyanyi, Ni Kamu Perlu Tahu

Penyanyi Ariana Grande terpaksa membatalkan beberapa show “Sweetener Tour 2019” selepas mengalami reaksi alergi yang dilaporkan menyebabkan kerongkongnya membengkak selepas memakan tomato.

Ya, alahan tomato. Sesuatu yang jarang dialami, tapi Ariana Grande tewas dengan tomato.

Apa sebenarnya Alahan Tomato?

Tidak ramai yang tahu tentang alahan pada tomato kerana ia amat jarang berlaku. Alahan ini berlaku disebabkan tindak balas histamine terhadap unsur protein yang terdapat pada biji, kulit dan jus tomato. Jika seseorang mengalami alahan tomato, mereka juga cenderung mempunyai reaksi terhadap makanan lain termasuklah kentang dan terung.

Foto – Organic Facts

Pada sesetengah individu, gejala-gejala yang didapati tidak begitu teruk, mungkin sedikit gatal-gatal pada kulit atau pada bibir dan lidah, tetapi ada kes yang lebih serius dilaporkan di mana individu yang terdedah mengalami cirit-birit, muntah-muntah, ruam dan kesukaran untuk bernafas.

Namun begitu, ada pesakit boleh makan tomato yang telah dimasak atau diproses dan hanya menunjukkan alahan pada tomato mentah. Apa-apapun, sekiranya anda menjalani simptom-simptom di atas, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan gejala yang lebih serius berlaku.

Untuk kes Ariana Grande tidak dilaporkan dia mengalami reaksi makan tomato mentah atau yang telah dimasak. Tetapi yang pasti ia menyebabkan kerongkong penyanyi genit itu bengkak sehingga menjejaskan vokal.

RUJUKAN :Ā 1,Ā 2

BACA  Sakit Kencing Berdarah, Orang Perempuan Sila 'Alert'!