Korea dan Pembedahan Plastik memang berpisah tiada! Walau kamu menidakkan kebenaran, tapi memang rata-rata selebriti Korea melakukan ‘sesuatu’ pada kulit mereka sehingga miliki kulit bersih bak kaca.
Trend terkini di sana ialah melakukan prosedur “SKIN BOTOX”.
“Ini adalah salah satu prosedur yang banyak kami lakukan,” jelas ahli dermatologi Kang Jong Bum dari JY Plastic Surgery & Dermatology, Gangnam.
- Foto – popsugar.com
Malahan, skin botox sudah menjadi kebiasaan warga sana kerana kemudahan serta kesan pantas yang dimiliki. Katanya, kesemua ahli BTS juga melakukan prosedur ini untuk menghilangkan cela serta kesan flawless dan glowing. No wonder, Army kemaruk dengan rupa paras BTS.
Apa sebenarnya Skin Botox?
Skin Botox adalah jalan pantas untuk mendapatkan kulit berkaca – tiada serum atau rutin kecantikan diperlukan.
Untuk mencapainya dalam bentuk suntikan, prosedur neurotoxic protein (botulinum toxin) – ubat yang digunakan sama seperti suntikan botox biasa untuk menghilangkan kedutan di wajah.
Walaubagaimanapun, pakar dermatologi Korea menggunakan jarum berbeza untuk skin botox bagi mensasarkan bahagian muka yang berbeza.
- Foto – Pinterest
Suntikan botox tradisional menghalang lipatan dalam kulit dengan melemahkan otot-otot di bahagian tertentu muka, seperti dahi, garisan di bibir atau hidung. Manakala skin botox pula mensasarkan liang-liang pori untuk menghasilkan kesan melicin yang menyeluruh.
Jarum dimasukkan sekitar 40 hingga 50 kali di sepanjang rahang, dahi dan kawasan bawah mata. Sebagai perbandingan, suntikan botox yang standard disuntik kira-kira tiga hingga lima kali.
Kesan segera yang diperoleh
Suntikan skin botox mampu mengetatkan, mengurangkan penampilan pori serta membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dan berkilat.
Skin botox memberi kelebihan untuk tujuan aesthetic, ia boleh menghilangkan jerawat kerana peluh dan kalenjar minyak yang dipengaruhi oleh prosedur. (Kita tahu minyak yang berlebihan boleh menghalang liang dan folikel rambut, yang membawa kepada jerawat.)
Berapa lama tahan?
Kerana keputusan yang luar biasa, ia tidak tahan lama. Kebanyakan selebriti mendapatkan skin botox sebelum mereka on-air. Kesannya tidak tahan lama jadi dianggarkan antara tiga hingga enam bulan. Ini adalah kira-kira jumlah masa yang sama seperti melakukan suntikan botox biasa.
- Foto – Allure
Dari sudut pandangan Islam
Penggunaan botox adalah haram atas beberapa sebab:
- Bakteria- bakteria botox (Botulinum Toxin Type A) dihasilkan daripada khinzir yang mereput dan daripada sel-sel orang mati akibat penyakit Botulism. Khinzir serta segala yang dihasilkan dari haiwan tersebut adalah Najis Mughallazah. Penggunaan khinzir serta Najis adalah haram Qat’ie.
- Botox merupakan sejenis racun berbisa walhal hukum Syara telah mengharamkan umat Islam daripada mengambil racun dalam apa jua bentuk kerana ianya memudaratkan. Kajian sains menunjukkan bahawa botox adalah sejenis toksin yang boleh membawa maut.
Pengunaan botox bagi tujuan Kosmetik dan Kecantikkan hukumnya haram mutlak walaupun dengan keizinan suami seorang wanita atas beberapa sebab:
- Botox dihasilkan daripada sumber- sumber najis dan haram digunakan oleh umat islam tanpa uzur syarie. Sekadar untuk menegangkan kulit wajah serta mematikan sel- sel otot yang dapat menyekat proses penuaan bukanlah sesuatu yang darurat.
- Botox adalah sejenis racun yang telah diolah dari sifat kimianya bagi tujuan kosmetik. Sifat tabi’e botox ini adalah mematikan sel- sel otot daripada kendur. Tanpa racun, botox tidak akan berkesan. Penggunaan racun tanpa darurat adalah haram.
- Botox digunakan atas tujuan untuk mencantikkan wajah seseorang wanita itu melalui suntikan yang menyebabkan kesakitan. Kaedah Fiqh Mazhab Shafie mengharamkan semua jenis perkara yang boleh menyakitkan diri sendiri dan memudaratkan. Suntikan botox ini disengajakan dan bukan atas dasar uzur syar’ie.
- Botox disuntik bagi tujuan mencacatkan sel- sel otot pada wajah dan bahagian yang disuntik atas dasar kecantikan dan memperelokkan rupa asli seseorang itu secara permenant (tetap) apabila disuntik diberi setiap 6 bulan. Ini termasuk kategori mengubah kejadian yang telah diharamkan oleh syara.
- Foto – Health
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kepada yang pakar supaya kamu tidak rasa was-was.