WKNDFEST yang bakal mewarnai industri muzik tanah air akan bermula pada bulan September ini nanti.
Program terbesar ini merupakan hasil buah fikiran daripada Khairul Anwar, Amirul Hafiz dan Shahrin Kamaruzaman. Objektif program terbesar ini adalah untuk merapatkan hubungan peminat muzik dari seluruh negeri yang terdapat di Malaysia ini, berhimpun di bawah satu bumbung dengan pelbagai genre muzik.
Ketiga-tiga pengasas projek WKNDFEST ini telah melihat serta merasai sendiri betapa sengitnya cabaran artis Korea di dalam industri K-Pop. Dan justeru itu, mengambil sumber inspirasi dari pengalaman serta melihat sendiri betapa minat dan fanatiknya peminat K-Pop ini, secara tidak langsung memberikan gambaran kepada pengasas WKNDFEST bahawa, inilah trend industri muzik masa kini.
Sebagai peneraju utama projek terbesar, program WKNDFEST ini bakal mengabadikan pelbagai variasi genre muzik kepada masyarakat dan sekaligus menyemarakan lagi semangat supporters yang hadir, untuk memberi sokongan terhadap artis pilihan masing-masing!
Dan semestinya bagi peminat artis-artis Korea di Malaysia pastinya program sebegini amat dinanti-nantikan! Program WKNDFEST ini akan mengeluarkan tiga siri menjelang tahun 2020 dengan memberi fokus terhadap muzik K-Pop, Hip-Hop dan Pop.
Untuk program WKNDFEST Vol.1: Edisi K-Pop, artis-artis terkenal daripada Korea seperti iKON, Momoland, Mamamoo, (G)I-dle dan ramai lagi artis, akan tinggal di Malaysia!
Dan pastinya ini bukan kumpulan artis Korea yang pertama akan berkolaborasi untuk program ini, di masa akan datang WKNDFEST akan menjemput lebih ramai lagi artis-artis daripada Korea Selatan untuk bersama-sama memeriahkan lagi industri muzik di Malaysia serta di Asia tenggara ini!
Jadi dapatkan tiket FKNDFEST sekarang dan pilih seat yang terbaik bagi melihat artis pujaan anda dengan lebih dekat!