Minuman bubble tea kini cukup sinonim dan semakin terkenal di Malaysia, mana tidaknya, kehadiran pelbagai keluaran jenama minuman bubble tea ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan!
Di Malaysia kini terdapat pelbagai variasi minuman bubble tea dan kewujudan menu minuman tersebut semakin bertambah dari hari ke hari mengikut kreativiti si pemilik outlet masing-maisng. Malah peminat yang menggemari air unik ini juga turut semakin berkembang di seluruh Malaysia.
Okay, jom kita lihat 15 jenama yang menjual bubble tea yang semakin di gilai ramai di Malaysia ni!
FamilyMart
Jangan terkejut FamilyMart mengeluarkan minuman bubble tea! Minuman yang dikeluarkan oleh FamilyMart yang di kenali Brown Sugar Bubble Milk ini adalah keluaran edisi terhad. Keluaran minuman air Brown Sugar Bubble Milk terhad sehingga 25 Jun ini sahaja, rugi bagi sesiapa yang belum mencubanya. Malah, harganya juga cukup murah iaitu RM4.90 jika anda like facebook FamilyMart, harga asalnya adalah RM6.90.
The Alley
The Alley merupakan salah satu jenama minuman bubble tea yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Produk minuman yang terkenal seperti Bubble Milk Tea dan Brown Sugar Deerioca Milk dengan gabungan susu segar, gula serta tapioca pearls cukup memikat rasa!
KOI Thé
KOI Thé atau lebih di kenali sebagai KOI ini semakin meningkat naik namanya apabila rata-rata penggemar minuman air bubble tea ini memberikan komen positif terhadap produk minuman daripada KOI ini. KOI yang terkenal dengan air minuman Golden Bubble Milk Tea sebagai minuman signature mereka dan sekaligus mengiktiraf jenama ini sebagai artisan di dalam dunia teh!
Leaf & Bean
Leaf & Bean tampil unik dengan kehadiran cawan split yang unik! Leaf & Bean tampil esklusif dengan keluaran beberapa jenis minuman yang cukup menarik seperti Milk Tea + Black Pearls, Sakura Rose Sencha dan juga Green tea Latte Red Bean!
Royaltea
Royaltea merupakan jenama pertama yang memperkenalkan minuman cheese tea di Malaysia! Kombinasi kaedah tradisional dan teknologi moden ini menghasilkan minuman yang cukup memukau. Anda perlu cuba Royal Cheese Oolong Tea + Pearls dan juga Crème Brûlée Matcha Red Bean.
Tiger Sugar
Jenama minuman bubble tea yang baru sahaja meningkat naik namanya di Malaysia ini sebenarnya sangat terkenal di Taiwan! dan kini dibawa masuk ke Malaysia dan peminat bubble tea dapat merasai sendiri keunikkan air daripada Tiger Sugar ini. Dan salah satu minuman signature yang terkenal dan perlu anda cuba adalah Brown Sugar Boba Milk Cream Mousse!
Instea
Satu lagi jenama pengeluar minuman air bubble tea baru di Malaysia yang di kenali sebagai Instea. Instea tampil dengan keluaran menu minuman yang cukup unik dan punya citarasa yan tersendiri. Dan minuman bubble tea yang perlu anda cuba adalah Crēme Brulee Milk Tea dan INS’s Cheese Milk Tea!
Chatime
Chatime bukan lagi satu nama yang asing di dalam dunia bubble tea ini. Chatime hadir dengan pelbagai pilihan minuman signature seperti Pearl Milk Tea, Grass Jelly Roasted Milk Tea, Horlicks Milk tea, Chatime Milk Tea dan banyak lagi pilihan menarik untuk anda pilih di Chatime.
Tealive
Tealive juga salah satu jenama minuman yang telah lama bertapak di Malaysia, serta tealive juga kaya dengan pilihan air minuman bubble tea yang cukup sedap dan lazat! Terkini, tealive tampil dengan menu keluaran yang terbaru edisi terhad iaitu Black Diamond Milk Tea dan minuman signature tealive iaitu Brown Sugar Pearl Milk Tea.
Chatto
Chatto yang berinspirasikan daripada teh bar Jepun ini menghidangkan minuman organik yang dapat membantu untuk detox tubuh badan anda serta melegakan penghadaman! Chatto tampil dengan minuman signaturenya seperti Organic Oolong Tea, Brown Rice Tea, Cheese Milk Tea, dan Pudding Pearl and Herbs Jelly Milk Tea.
Muyoo+
Muyoo terkenal dengan minuman milk tea dan smoothie di tambah pula dengan bahan-bahan yang segar menjadikan jenama ini salah satu pilihan yang di gemari ramai. Antara minuman yang menjadi pilihan ramai adalah Pearl Milk Tea, Avocado Brown Sugar Fresh Milk dan banyak lagi!
Soylab
Soylab merupakan pengeluar minuman dengan pelbagai variasi susu soya dan merupakan syurga susu soya di Malaysia. Dan antara menu pilihan di Soylab ini semestinya Luscious Pearl Soymilk, Black Soymilk dan Signature Soymilk!
Shake Shake Malaysia
Shake Shake Malaysia merupakan salah satu nama yang semakin dikenali di kalangan peminat bubble tea. Variasi menu yang unik serta logo bear yang comel membuatkan ia semakin mendapat tempat di Malaysia. Antara menu pilihan yang terkenal adalah Pearl Jasmine Milk Tea, Azuki Red Bean Milk Tea dan Shake Shake Milk Tea.
Hail’s Dessert & Soft Serve Cafe
Hail’s Dessert & Soft Serve Cafe ini dikenali dengan penghasilan dessert serta aiskrim yang lembut dan creamy. Tetapi itu bukan penghalang bagi peminat bubble tea untuk datang ke kafe ini kerana mereka juga menghidangkan menu bubble tea yang unik seperti Dreamy Blue Milktea dan Bubble Tea Ice-Cream!
HeyCha
HeyCha merupakan salah satu nama yang tidak asing di kalangan peminat bubble tea, senarai menu daripada HeyCha cukup unik dan punya daya kreativiti yang tersendiri. Antara minuman bubble tea yang menjadi pilihan adalah Four Season Green Oolong Milk Tea dan Ocean Milk Tea. Selain daripada itu, HeyCha juga kini tampil dengan keluaran menu terbaru iaitu Purfect Sweet Potato!
Jadi, di antara 15 top jenama minuman bubble tea yang paling famous ini yang mana satu menjadi pilihan anda?