Info Menarik

Siapa Olivia Culpo, Dipilih Sebagai Wanita Paling Hot Dan Seksi Di Dunia?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Siapa Olivia Culpo, Dipilih Sebagai Wanita Paling Hot Dan Seksi Di Dunia?

Siapa Olivia Culpo? Kenapa namanya tiba-tiba menjadi bualan netizen?

IKLAN

Anda pasti mendengar perkhabaran terbaru wanita cantik ini berada pada kedudukan teratas untuk senarai Maxim 2019 Hot 100, menjadikannya sebagai wanita paling seksi dan hot di dunia. Untuk pengetahuan anda, Culpo adalah bekas ratu cantik dengan beberapa bakat yang mengagumkan dan kerjaya yang menarik.

Ini alasan kenapa majalah Maxim memilih bekas teman wanita Nick Jonas.

Bermula dalam pertandingan Ratu Cantik

Ketika belajar di Boston University, Culpo melibatkan diri dalam dunia lakonan dan pemodelan sehingga dia mula mengikuti ujibakat pertandingan ratu cantik. Pertama kali menyertai, Culpo berjaya mendapat gelaran Miss Rhode Island. Kemudian pada tahun yang sama juga, dia memenangi gelaran Miss USA.

Orang Amerika pertama menang Miss Universe

Foto – Twitter

Bermula dari Miss Rhode Island ke Miss USA, dan menjelang akhir tahun 2012, Culpo dinobatkan sebagai Miss Universe di Pertandingan Tahunan ke-61 di Las Vegas, Nevada. Culpo adalah individu Amerika pertama yang memenangi gelaran sejak 1997.

IKLAN

Terjun dalam dunia lakonan dan realiti TV

Mahkota Miss Universe membenarkan Culpo untuk menjerumus dalam dunia Hollywood. Muncul dalam program realiti E! “Model Squad” dan berlakon dalam filem “American Satan” dan “The Other Woman.”

Sejarah dalam dunia pemodelan

Sebagai individu berpengaruh, Culpo kerap bekerja dengan pelbagai jenama fesyen dan kecantikan (seperti Cartier dan L’Oreal), bahkan turut menjadi model. Pada 2018, Culpo dinamakan Sports Illustrated Rookie untuk isu pakaian renang.

Pernah main cinta dengan Nick Jonas

Foto – Us Weekly

Sebelum Nick Jonas berkahwin dengan Priyanka Chopra, dia terlebih dahulu bercinta sakan dengan Culpo. Pasangan itu bersama kira-kira dua tahun ( di antara 2013 dan 2015) sebelum mereka berpisah pada tahun 2015.

Pandai masak dan ada restoran

“Saya suka memasak dan selalu mencuba resepi baru yang sedap-sedap. Sama ada memasak untuk diri sendiri atau untuk keluarga dan rakan-rakan, saya sentiasa cuba berikan yang terbaik.”

Pada tahun 2017, Culpo dan keluarganya membuka sebuah restoran yang dinamakan Back 40. Ia terletak di North Kingstown, Rhode Island, dan menyajikan makanan Amerika.

Disebut sebagai ikon kecantikan

Kelebihan menjadi individu Amerika pertama menang Miss Universe, nama Olivia Culpo sentiasa dipetik sebagai ikon kecantikan kerana rupa paras semulajadi dimiliki, bahkan keperibadian dan reputasi bersih yang disegani.

Dating DJ Zedd

Foto – E! News

Pada bulan Mei 2019, Culpo dilihat bersama dengan DJ Zedd meraikan pesta ulang tahunnya ke-27 di Miami, Florida. Mereka juga dilaporkan dilihat bersama di Coachella pada bulan April.

Tahniah Olivia Culpo!