Pasti anda biasa melihat produk kurus bernama “Choco Fit” memenuhi ruang media sosial.
Choco Fit, produk kurus lain daripada yang lain kerana ianya minuman coklat yang sedap dan lazat serta banyak kelebihan kesihatan.
Selain baik untuk menurunkan berat badan, Choco Fit mempunyai kelebihan lain seperti;
- Membakar lemak dan kalori dengan pantas
- Meningkatkan metabolisma dengan selamat
- Mengurangkan selera makan
- Mencantikkan kulit
- Membuang toksin dan mengempiskan perut
Walaupun itu jaminan yang diberi tetapi ternyata ia tidaklah sebaik yang disangka.
Pada 6 Jun 2019, laman Facebook Public Health Malaysia ada membuat satu perkongsian “Produk Kurus Mengandungi Bahan Terlarang Sibutramine”. Di situ dijelaskan seorang wanita dari negara Singapura mengalami kegagalan jantung selepas mengambil produk pelangsing seperti yang disebut. Produk dilaporkan miliki kesan sampingan seperti masalah kegagalan jantung berlaku akibat jantung yang berdegup terlalu pantas dan tidak senada.
Menguatkan lagi apabila laporan daripada Health Science Authority Singapore menjelaskan reaksi buruk yang dialami oleh para pengguna ini kesan daripada sibutramine, yang terdapat dalam produk tersebut. Sibutramine adalah ubat preskripsi tetapi dilarang oleh HSA pada tahun 2010 disebabkan oleh peningkatan risiko serangan jantung dan strok, serta kesan buruk lain yang serius.
“BB Body”, “Bello Smaze” dan “Choco Fit” dipasarkan di pelbagai platform e-dagang dan media sosial termasuk Instagram dan Facebook. Ia dikatakan tidak mempunyai kesan sampingan atau mampu memberi penurunan berat badan yang cepat dalam beberapa hari.
Profesor Chan Cheng Leng, Group Director of Health Products Regulation Group, HSA, menasihatkan pengguna: “Jangan cepat terpengaruh dengan janji penurunan berat badan apabila membeli produk kesihatan, sama ada dijual secara atas talian atau kedai runcit. Berdasarkan operasi penguatkuasaan HSA, banyak produk penurunan berat badan yang dijual pada platform e-dagang tanpa kesahihan didapati mengandungi bahan terlarang sibutramine. Sibutramine boleh menyebabkan kesan buruk seperti gangguan mood, halusinasi, serangan jantung dan strok.”
Jadi beringat ye! Nak kurus lakukan dengan cara yang betul seperti senaman dan amalan pemakanan sihat.
Selamat Beramal❤