Info Menarik, Teknologi

7 Top Ranking Web Komik Menarik Minggu Ini

Avatar
/
7 Top Ranking Web Komik Menarik Minggu Ini

Ada sesiapa yang gemar membaca komik atau webtoon? Kalau ada, korang bertuah sebab hari ini Wanista tampilkan tujuh top ranking web komik yang menarik pada minggu ini! Kompilasi komik ini berdasarkan aplikasi WebComics dan aplikasi ini, korang boleh muat turun secara percuma dari Google App Store tau.

Foto: Google App Store

Okay jom kita lihat terus tajuk-tajuk komik menarik di bawah!

Bride of The Dawn

Komik yang bergenrekan fantasi, romantik dan komedi ini menduduki carta pertama bagi minggu ini! Jalan cerita yang mengisarkan puntianak dan manusia yang jatuh cinta antara satu sama yang lain, macam ala-ala cerita Twilight gitu tapi versi komik.

The Naive Mr.Lu

Foto: WebComics

Encik Lu yang naif? Komik ini mampu bikin hati si pembaca tidak boleh duduk diam! Jalan cerita berkonsepkan moden, drama dan romantik ini memiliki twist yang unik dan di tambah pula dengan karakter heroin yang kacak seperti hero!

Honey, Don’t Run Away

Foto: WebComics

Komik ini merupakan salah satu cerita yang memfokuskan drama, romantik, serta karakter heroin yang kuat dan mampu berdikari sendiri pastinya dapat membuatkan pembaca komik terutama wanita akan teruja dengan olahan jalan cerita komik ini. Woman power!

She’s A Rebellious Boy

Foto: WebComics

Pelajar perempuan yang degil versus pengawas disiplin lelaki yang tegas! Nah, buku bertemu ruas, jalan cerita yang penuh dengan aksi komedi romantik pasti membuatkan hari-hari pembaca ceria dan tidak kering gusi!

Long Live My Dear Prince Consort

Foto: WebComics

Setelah menunggu selama hampir seribu tahun, akhirnya penantianya membuahkan hasil. Ikuti kisah Putera Haden dalam menawan hati Aria, komik bergenrekan fantasi dan romantik ini di penuhi elemen-elemen unik yang tersendiri!

Across The Dangerous Ocean

Foto: WebComics

Gara-gara menyelamatkan seorang jejaka yang terjatuh di dalam lautan membuatkan hidup si heroin porak peranda! Menyesal? Semuanya sudah terlambat, ikuti cabaran dalam menyelamatkan rakan baiknya serta kisah percintaan yang rumit yang di hadapi oleh si heroin!

My First Love is A Problem Boy

Foto: WebComics

Apalah nasib badan apabila jatuh cinta dengan pelajar yang bermasalah di sekolah! Pembuli? Wajib lawan balik ni! Atau Tawan hati si pembuli dan ubah dirinya menjadi seorang insan! Komik bergenre moden romantik yang berlatarbelakangkan kisah remaja sekolah yang menarik untuk di baca.

So, apalagi jom muat turun aplikasi WebComics dan baca komik-komik ini!

BACA  Sebab Menyesal Dan Sakit, 5 Selebriti Wanita Nekad Buang Implan Payudara