Info Menarik

Siapa Kuat Mengelamun, Kamu Paling Beruntung!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Siapa Kuat Mengelamun, Kamu Paling Beruntung!

Sedang memandang sesuatu, tiba-tiba minda entah ke mana.. 

Ada orang menganggap perbuatan mengelamun adalah tabiat yang tidak baik kerana ia boleh mengganggu tumpuan dan hilang fokus. Kita perlu ingat, ada masanya otak kita perlukan rehat dan tidak boleh bekerja 24 jam.

Kita dilatih untuk berfikir bahawa kita mesti sentiasa sibuk, bergerak cepat, memikirkan perkara besar yang akan datang, peranti canggih sentiasa di tangan, emel, sistem pesanan ringkas sentiasa dalam mode stand-by, sehinggakan kita langsung tidak memberi masa untuk otak berehat yang hakikatnya baik untuk kesihatan.

Foto – Neuroscience News

Kajian sendiri menunjukkan mengelamun bukanlah satu perkara yang buruk, bahkan mereka yang kuat mengelamun mempunyai kemampuan intelektual lebih tinggi. Ini kerana mengelamun membuatkan otak lebih cerdas dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Mengelamun boleh memperkembangkan keupayaan intelek, sosial, emosi dan jasmani. Ia juga boleh mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri.

Sebagai contoh, Einstein menggunakan keupayaannya untuk berangan-angan untuk tampil dengan teori graviti, manakala kanak-kanak sering tidak digalakkan untuk berangan-angan , oleh itu kelebihan mereka tidak diterokai sepenuhnya.

Giphy

Menggunakan daya imaginasi atau keupayaan mengelamun membawa kepada kebahagiaan, sebaliknya tidak menggunakan membawa kesan negatif menyebabkan mereka rasa sedih.

Perspektif Islam

Bagaimana pula dari sudut perspektif Islam tentang perkara ini? Adakah perbuatan mengelamun atau berangan ini berdosa?

Sebenarnya perbuatan mengelamun yang boleh membawa kepada kebaikan dan disertai dengan usaha yang berterusan adalah diharuskan. Namun, bagi angan-angan yang kosong dan sia-sia lagi ‘lagha’, ia adalah ditegah sama sekali dalam Islam.

Ia sebagaimana hadis daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Ada empat perkara yang menyebabkan kecelakaan, iaitu kerasnya mata (tidak pernah menangis kerana ALLAH), hati yang keras, panjang angan-angan dan rakus terhadap duniawi – (Riwayat Musnad al-Bazzar).

Giphy

Jadi tiada masalah untuk mengelamun, asalkan tidak memudarat dan baik-baik saja!

RUJUKAN : 12345