Info Menarik

Kenali Pengasas Uniqlo Tadashi Yanai, Individu Paling Kaya Di Jepun

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kenali Pengasas Uniqlo Tadashi Yanai, Individu Paling Kaya Di Jepun

Uniqlo. Jenama kelahiran Jepun yang cukup sinonim di hati rakyat Malaysia. Selain harga yang berpatutan, kualiti juga terjamin dan sangat praktikal.

IKLAN

Tahukah anda pengasas Uniqlo merupakan individu terkaya di Jepun dengan nilai $24.8 bilion. Uniqlo sahaja membuka kedai pertama pada tahun 1984 dan telah memperluaskan jenama ke lebih daripada 2,000 kedai di sekurang-kurangnya 20 negara.

Siapa pengasas Uniqlo? Jom kenali individu yang bertubuh kecil ini.

Kenali Tadashi Yanai

Usahawan Jepun ini mengetuai Fast Retailing dan nilai hartanya mencecah kira-kira $24.8 bilion. Lebih daripada $6 bilion lebih kaya daripada individu terkaya kedua di Jepun, Takemitsu Takizaki.

Foto – Getty

Anak Pengusaha Butik Pakaian

Yanai dilahirkan di selatan Jepun pada tahun 1949, anak seorang penjual pakaian. Ayah Yanai miliki kedai pakaian lelaki yang dinamakan Men’s Shop Ogori Shoji. Pada tahun 1970an, perniagaan mempunyai beberapa lokasi.

Graduan Universiti

Yanai merupakan graduan dari Waseda University dengan ijazah dalam bidang ekonomi dan politik. Setelah tamat pengajian pada tahun 1971, Yanai mula menjual pakaian lelaki dan peralatan dapur di sebuah pasar raya, tetapi dia berhenti selepas satu tahun dan mula bekerja untuk ayahnya.

Foto – Liaison

Uniqlo Dihasilkan

Pada tahun 1984 di Hiroshima, Yanai mengasaskan Unique Clothing Warehouse, yang kemudiannya dipendekkan kepada Uniqlo. Beberapa tahun kemudian, beliau menukar nama syarikat pakaian ayahnya kepada Fast Retailing.

Jenama Kebanggaan Jepun

Syarikat itu berkembang pesat dalam beberapa tahun kemudiannya. Menjelang tahun 1996, Yanai telah membuka lebih daripada 200 kedai di seluruh Jepun.

Foto – Fast Retailing

Berkahwin Dan Dikurnia Dua Cahaya Mata

Mendirikan rumahtangga dengan wanita Jepun dan dikurniakan dua cahaya mata. Billionaire Jepun itu memilih untuk tinggal di luar bandar Tokyo di kediaman 16,586 kaki persegi. Hartanah itu termasuk rumah pengawal, kawasan meletak kereta, dan rumah teh beratapkan jerami, dianggarkan bernilai kira-kira $50 juta pada tahun 2017. Yanai membeli tanah itu dalam lelongan sekitar $78 juta pada tahun 2001.

IKLAN

Harta Peribadi

Yanai juga mempunyai rumah bernilai kira-kira $74 juta, terletak di Shibuya, Tokyo. Bukan itu sahaja, Yanai juga merupakan pemain golf yang tegar. Beliau dilaporkan menghabiskan musim panas bermain golf di Hawaii, di mana beliau miliki dua lapangan golf yang dibelinya pada harga $74.1 juta.

Foto – Getty

Hari Ini

Fast Retailing mengendalikan lebih daripada 2,000 kedai Uniqlo di sekurang-kurangnya 20 negara – dan itu tidak mengira jenama lain dalam kumpulan itu (Theory, Comptoir des Cotonniers, J Brand). Fast Retailing kini merupakan peruncit pakaian global ketiga terbesar, selepas H&M dan Inditex, syarikat induk Zara. Di samping itu, Uniqlo merancang untuk membuka kedai pertamanya di India, Vietnam, Denmark, dan Itali pada 2019 nanti.

Pada Februari 2019, Yanai memasuki usia 70 tahun dan beliau masih kuat mengetuai Fast Retailing dan tidak membuat pengumuman rasmi untuk meninggalkan tempatnya sebagai presiden. Bahkan, kedua-dua anak lelaki Yanai juga antara ahli lembaga pengarah Fast Retailing.

RUJUKAN