Hiburan

Peminat Salah Faham K-Pop Idol Sunmi Lesbian Selepas Katakan “Ini”…

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Peminat Salah Faham K-Pop Idol Sunmi Lesbian Selepas Katakan “Ini”…

Bekas ahli kumpulan Wonder Girls yang kini bergelar penyanyi solo, Sunmi hangat diperkatakan di Twitter.

IKLAN

Apa tidaknya, semalam di konsert solonya “WARNING” di Amsterdam, Sunmi secara terbuka mengisytiharkan sokongannya terhadap komuniti LGBT. Seorang peminat berkongsi video tersebut di Twitter, yang mengakibatkannya tular dan trending di seluruh dunia.

Dalam video itu, Sunmi menyebut bahawa dia mempunyai sikap unik yang tersendiri, termasuklah dianggap ‘dorky’ dan ‘LGBT queen’ oleh para peminatnya. Keadaan itu membuatkan peminat bersorak kegembiraan, malah ada yang serkap jarang akan seksualiti Sunmi yang mungkin lesbian. Tapi ada juga mengatakan itu tanda penghormatan Sunmi terhadap “Pride Month’ yang kebetulan jatuh pada bulan itu.

Fakta : Bulan Jun dipilih sebagai Bulan Kebangkitan LGBT untuk memperingati rusuhan Stonewall, yang berlaku pada akhir bulan Jun 1969. Akibatnya, banyak peristiwa kebanggaan diadakan pada bulan ini untuk mengingati kesan LGBT yang ada di dunia.

View this post on Instagram

😘😘😘😘😘😘😘 #sunmi1stworldtour #WARNINGinWARSAW

IKLAN

A post shared by SUNMI (@miyayeah) on

Menjadi tanda tanya, Sunmi terus memuat naik status menjelaskan perkara sebenar apa yang dikatakan dalam video yang telah tular itu.

Baguslah sebab peminat cepat sangat buat sepekulasi sendiri. Tak payah over sangat ye!