Fesyen

Jom Lihat Fesyen Selebriti Di Aidilfitri, Mana Paling Cantik?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Jom Lihat Fesyen Selebriti Di Aidilfitri, Mana Paling Cantik?

Cepat sudah masa berlalu.. Ramadan berakhir dan Syawal pun menjelma!

Jadi nak tanya macam mana dengan Raya? Mesti makan tak ingat dunia, kan? Ala sekali sekala, apa salahnya.

Seperti biasa, kalau dah raya mesti kita nak tengok fesyen pilihan selebriti khususnya wanita, rekaan pereka mana pilihan mereka, fesyen bagaimana yang mereka gayakan, corak dan warna, semua kita nak tengok. Dengan kehadiran Instagram, banyak selebriti telah berkongsi gambar baju raya pilihan ketika 1 Syawal.

Mana paling cantik dan berkenan di hati?

Neelofa mengenakan persalinan merah jambu, memang manis.

Pengacara Yaya Zahir bikin ramai wanita cemburu dengan baju raya glamor hot pink.

Wow sesuatu yang unik dari Kilafairy dalam cetakan harimau.

Walau simple tapi Izara Aishah masih tampak anggun dalam dress raya rona hitam.

Berabaya penyanyi muda bervokal lantang Aina Abdul.

View this post on Instagram

#ootd Eid #eidoutfit #blackabaya

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Scha Alyahya memang tak pernah kalah kalau bab berfesyen. Tahun ini memilih persalinan moden dari koleksi @jakeltextile.

View this post on Instagram

End of Syawal Day 1

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Glamor sungguh Nora Danish dalam dress raya mengikut ukuran badan.

View this post on Instagram

The love of my life. 💜 • • #nenoraya2019

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Bunga Citra Lestari tampil kelainan berseluar di pagi raya.

Ini antara pilihan peribadi Wanista ye… Selamat Hari Raya