Fesyen

Melania Trump Anggun Sekali Bila Tiru Fesyen Puteri Diana (Gambar)

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Melania Trump Anggun Sekali Bila Tiru Fesyen Puteri Diana (Gambar)

First Lady Melania Trump tiba di United Kingdom bersama suaminya, Donald Trump dalam lawatan negeri selama tiga hari.

IKLAN

Menjadi perhatian apabila Melania Trump kelihatan memberi penghormatan kepada gaya Puteri Diana ketika berkunjung ke Buckingham Palace. Melania Trump memilih ensemble yang menjadi salah satu kombinasi warna kegemaran Puteri Diana sendiri – putih dan navy.

Foto – Arkib Wanista

Memilih dress suit rona putih dari Dolce & Gabbana, diselitkan dengan perincian warna navy pada bahagian kolar dan tali pinggang, dipadankan pula topi Hervé Pierre membuatkan penampilan wanita 49 tahun itu cukup anggun sekali. Beliau juga melengkapkan gaya dengan sepasang sepatu dari Manolo Blahnik.

Foto – Getty

Ensemble segar itu mengingatkan beberapa gaya yang dipakai Diana ketika kerja-kerja awam sepanjang tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Foto – Getty

Gaya Melania Trump sememangnya tidak pernah mengecewakan, malah sentiasa dipuji media antarabangsa.

Baca : 12 Gaya Fesyen ‘Berani’ Melania Trump Sebenarnya Sangat Cantik