Info Menarik

Kajian! Menangis Boleh Turun Berat Badan Tapi Waktu Tertentu Je

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Kajian! Menangis Boleh Turun Berat Badan Tapi Waktu Tertentu Je

Menangislah!

Menangis bukan sahaja meredakan tekanan emosi, tetapi juga boleh membantu anda mengurangkan berat badan juga.

Ya benar! Satu kajian mendapati bahawa jenis air mata tertentu boleh membantu mengurangkan berat badan. Menurut Dr Aaron Neufeld dari Los Altos Optometric Group, terdapat tiga jenis air mata yang dikenali sebagai Basal, Reflex, dan Psychic.

Air mata Basal menjaga mata kita dengan melembap, air mata Reflex adalah akibat iritasi, manakala air mata Psychic berlaku daripada tekanan perasaan dan emosi. Air mata Psychic yang kita menangis dari emosi membantu menggalakkan penurunan berat badan kerana ia mengurangkan tahap kortisol, hormon stres yang dikaitkan dengan lemak perut.

Giphy

Ini diperkuatkan lagi dengan kajian dari ahli kimia William Frey yang melaporkan bahawa menangis dapat membantu menghilangkan bahan-bahan toksik dalam tubuh yang membangkitkan tekanan. Oleh itu perbuatan menangis juga boleh menjadi tindakan pembersihan.

Ia juga dinasihatkan supaya seseorang menangis dari pukul 7 petang hingga 10 malam, kerana ini adalah masa puncak untuk mengoptimumkan kesan pembebasan kortison (kortison ialah contoh hormon dalam kumpulan steroid. Steroid ini dibebaskan oleh korteks di kalenjar adrenal).

RUJUKAN