Tips - Kecantikan

Hanya Guna Timun, Jelitawan Madhuri Dixit Dedah Petua Maintain Awet Muda

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Hanya Guna Timun, Jelitawan Madhuri Dixit Dedah Petua Maintain Awet Muda

Sedang menonton video seleksi lagu hindi di Youtube, mata penulis tertangkap satu video recommended “Ghar More Pardesiya” salah satu soundtrack filem epik Kalank lakonan Alia Bhatt, Varun dan jelitawan Madhuri Dixit. Rasanya lama tidak melihat Madhuri beraksi di layar perak, jadi penulis cukup kagum melihat langkah tariannya yang cukup cermat, anggun dan lembut, apatah senyuman manis walaupun usia sudah mencecah 50-an.

Anda percaya Madhuri kini 51 tahun? Kulitnya kelihatan sempurna, segar dan muda seperti gadis 20-an. Dia mempunyai kesegaran dan cahaya yang luar biasa di kulitnya. Agaknya apa rahsia Madhuri maintain awet muda agar standing aktres muda? Kata Madhuri, dia amalkan petua mudah yang boleh didapati di dapur sahaja. Tak pakai banyak duit, hanya perlu disiplin.

Caranya..

Madhuri berkongsi, “Ada hari-hari, kulit kita akan terasa sedikit kering dan kusam, sehingga timbulnya lingkaran gelap. Untuk menambah seri, anda hanya perlukan timun dan susu. Hiris timun secara membulat dan masukkan ke dalam susu segar. Simpan hirisan timun ke dalam peti sejuk dan bila dah sejuk, gosokkan ke seluruh wajah.”

Foto – Pinterest

Kenapa Timun?

Timun mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit. Dari pemutihan kulit untuk merawat jerawat, timun boleh membantu menyelesaikan masalah kulit. Timun mempunyai kandungan air yang tinggi yang membantu mengekalkan kulit terhidrasi. Ia juga kaya dengan antioksidan yang menjadikan kilit segar bugar. Kulit kita mempunyai protein yang dipanggil elastin dan protein ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keanjalan kulit. Menggunakan timun pada kulit anda menghalang pemecahan elastin yang menjadikan kulit kendur.

Susu Baik Untuk Kulit?

Dengan kedua-dua air dan protein yang dimiliki, susu boleh bertindak sebagai pelembap hebat untuk kulit. Susu juga merupakan bahan yang hebat jika anda ingin mencerahkan kulit. Ia menggalakkan pencerahan kulit dengan mengeluarkan pigmen sel kulit. Menggunakan susu secara teratur membantu dalam mengurangkan bintik hitam dan tompok gelap dari kulit. Susu mempunyai protein, mineral, dan vitamin yang membantu dalam mengurangkan kedutan. Penggunaan susu secara teratur pada kulit membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Madhuri ketika zaman muda belia. Foto – Pinterest

Sekarang anda boleh amalkan petua Madhuri setiap hujung minggu. Selamat Beramal!

RUJUKAN