Korea Selatan memang terkenal dengan pembedahan plastik. Bahkan sebelum ini ada laporan ibu bapa menjadikan kos rawatan pembedahan plastik sebagai hadiah hari jadi.
Baca : 10 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Korea Selatan
Oleh itu, tidak hairanlah bila doktor pakar pembedahan plastik mendedahkan beberapa wajah K-Pop Idol yang paling menjadi permintaan ramai pelanggan sana.
Pakar bedah Kim Jong-myung berkata kebanyakan pelanggan ingin kelihatan seperti Red Velvet Irene, SNSD Yoona dan Blackpink Jennie, ini antara wajah yang paling dicari. Irene menawarkan wajah dengan ciri-ciri yang jelas – hidung, mata, bibir kesemuanya terletak elok sempurna. Yoona pula mempunyai keayuan semulajadi yang berpanjangan, manakala Jennie miliki aura yang unik serta seksi.
https://www.instagram.com/p/BuA69xxFtzP/
“Saya hanya mengesyorkan pembedahan kosmetik apabila mereka mahu ‘mengatasi’ kekurangan. Walaubagaimanapun, kesihatan tetap diberi keutamaan sebelum melakukan operasi rawatan, ” jelas pakar.
Penulis tetap suka Song Jihyo dan Suzy…❤