Bentuk punggung yang montok dan melentik seperti Kylie Jenner, Marilyn Monroe idaman setiap perempuan. Jadi cuba bayangkan hanya kerana kekerapan melakukan tabiat harian boleh membuatkan aset berharga hilang, mimpi ngerikan?
Tahukah anda bahawa sesiapa yang duduk di meja kerja selama lapan jam atau lebih sehari terdedah kepada tekanan darah tinggi, serangan jantung, kemurungan.
Paling teruk, menurut The New York Post, jika anda duduk berterusan, punggung akan menjadi leper? Kalau betul ia merupakan perkara yang paling ditakuti wanita seluruh dunia!
Ahli terapi fizikal, Abby Bales mengesahkan kepada New York Post bahawa semakin lama seseorang duduk tanpa bergerak, kemungkinan besar akan mempunyai “kesukaran mengakftikan glutes untuk mengekalkan bentuk pinggul. Lebih banyak duduk, lebih tinggi risiko untuk miliki punggung leper.”
Mereka yang hanya duduk di pejabat tidak mempunyai masa untuk bersenam siang hari, tapi dengan hanya berdiri atau berjalan di sekitar pejabat selama lima minit setiap jam boleh meningkatkan keanjalan pinggul dan mengaktifkan otot-otot pinggul agar tidak leper.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk rehat setiap jam, Bales mencadangkan agar supaya berdiri tegak, letakkan kusyen pada separuh belakang kerusi dan pilih untuk berjalan ke tempat kerja daripada memandu.
Anda hanya perlu luangkan masa hanya selama 15 minit untuk bersenam! Masa yang anda akan luangkan ini amat berbaloi kerana akan meredakan tekanan mental dan fizikal berkaitan kerja.
Ingat bersenam tidak semestinya anda perlu ke gym dan berlari di luar, tetapi dengan hanya di pejabat, pekerja yang sibuk juga dapat bersenam dengan hanya menggunakan meja pejabat sebagai alatnya.