Tips

5 Tips Kamu Tak Makan Berlebihan Ketika Sedang Bercuti

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
5 Tips Kamu Tak Makan Berlebihan Ketika Sedang Bercuti

Rasanya minggu depan, semua orang mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Nak meraikan Syawal yang bakal menjelma. Tapi ada juga yang memilih menyambut perayaan dengan melancong bersama keluarga, orang kata nak merasa raya di negara orang. Tidak kisahlah asalkan kamu bahagia sahaja hendaknya… Kannn

IKLAN

Tapi bila sedang bercuti jangan lupa nak menjaga kesihatan. Kalau dekat kampung, mungkin kamu akan ‘balun’ semua makanan sampai lupa diri. Nak makan boleh tapi biarlah berpada-pada. Jika kamu makan makanan yang bersih dan sihat dan mempunyai kandungan nutrien yang betul, kamu akan berasa kenyang. Tetapi jika makan makanan ringan, berlemak atau bergoreng, kamu akan terasa cepat lapar, kesudahannya makan bertambah-tambah.

Untuk itu, ikuti tips bernas cara makan yang betul ketika sedang bercuti.

Minum Air

Pastikan kamu minum air yang mencukupi. Untuk membuatkan ianya tampak lebih sedap dan menarik, perah limau sedikit supaya ada rasa.

Sentiasa kunyah buah-buhan ataupun sayur-sayuran sepanjang hari

Daripada anda kunyah makanan ringan, lebih baik amalkan buahan seperti epal atau sayuran lobak merah, kobis dan sebagainya.

Sering bersenam

Walaupun sedang dalam mood bercuti, ini bukan bermaksud kamu harus tinggalkan senaman. Mencari sesuatu yang kamu suka dan melakukannya. Tiada alasan.

Makan makanan yang punya warna

Pastikan makan makanan yang punya warna tapi tanpa bahan tambahan seperti pengawet atau pewarna makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran contoh terbaik.

Jangan sesekali pergi ke rumah orang dalam keadaan perut kosong

Hal ini kerana pasti anda akan makan semua makanan yang terhidang. Jadi elakkan! Tapi bagi nak menghormati tuan rumah, memadai jamah sedikit sahaja.

Ikut nasihat Wanista. Selamat Beramal!

IKLAN