Aktres cantik kegemaran ramai, Park Shin Hye akan datang Malaysia selepas raya.
Akan tiba di Malaysia pada bulan Jun, ini merupakan penampilan keduanya selepas Jun 2016. Semasa lawatan, duta Mamonde ini akan melancarkan inovasi terbaru Mamonde, Red Energy Recovery Serum dan juga meraikan perkongsian baru dengan Watsons Malaysia.
Mamonde Malaysia baru-baru ini memperluaskan saluran jualan mereka ke lebih daripada 50 kedai Watsons Malaysia di seluruh negara. Pelancaran Mamonde ke kedai Watsons di seluruh negara adalah sejajar dengan perkongsian global Amorepacific dengan A.S Watsons Group untuk memperluaskan saluran pengedarannya sama ada dalam talian dan luar talian.
Peminat Park Shin Hye dan Mamonde menjemput anda semua hadirkan diri ke Centre Court, Mid Valley Megamall pada 21 Jun 2019!
Ramai-ramai serbu Mid Valley tengok Park Shin Hye ye..