Info Menarik

Ariana Grande Jadi Mangsa Patung Lilin Buruk Di Madame Tussauds (Gambar)

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Ariana Grande Jadi Mangsa Patung Lilin Buruk Di Madame Tussauds (Gambar)

Ariana Grande, orangnya comel, kecil molek, manis tapi versi patung lilin yang terdapat di Madame Tussauds pula sebaliknya.

Bukan penulis sahaja, malah peminat Ariana menzahirkan kekecewaan selepas Madame Tussauds mendedahkan Ariana Grande merupakan individu terkini miliki patung lilin. Menamakan “Classic Ari”, Ariana tampil dengan trademark ponytail, boot tumit tinggi dan oversized hoodie, tapi sayangnya versi patung lilin kelihatan lain dan buruk.

Foto – E! Online

Peminat di Twitter kecewa dengan patung lilin tersebut dan ramai mengatakan bahawa ciri-ciri muka, seperti hidung dan kening tidak tepat sama sekali, sekaligus memberi gambaran yang pelik.

Foto – Complex

Ini bukan kali pertama Madame Tussauds gagal, terdapat juga patung-patung lilin dahulu yang buruk, hodoh bahkan memang lain rupanya dengan rupa paras artis itu sendiri.

Contoh patung lilin yang gagal, Nicki Minaj dan Jennifer Lawrence. Foto – Arkib Wanista

Baca : Lihat! Patung Lilin Selebriti Paling Cantik Dan Buruk Di Madame Tussauds

Aduhai kenapa boleh jadi begini? Kecewa peminat yang datang nak selfie tapi azab tengok..

RUJUKAN

BACA  Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian